Berita baik untuk anda semua! Perusahaan Otomobil Kedua (PERODUA) telah mengumumkan pelarasan harga baru untuk model Produa Axia bermula 3 Ogos 2026.
Keputusan ini dibuat bagi membantu meringankan beban kos sara hidup yang ditanggung rakyat Malaysia.
BACA JUGA : Senarai Kereta Dengan Bayaran Bulanan Kurang RM500
Menerusi pengumuman yang dibuat menerusi facebook Produa, harga beberapa varian Axia dikurangkan dengan penjimatan mencecah sehingga RM4,700.
Harga Baru Produa Axia
Di Semenanjung Malaysia, varian Axia 1.0G kini ditawarkan pada harga RM33,900 selepas menerima pengurangan sebanyak RM4,700 daripada harga asal RM38,600.
Sementara itu, Axia 1.0X dijual pada harga baharu RM38,500 selepas diturunkan sebanyak RM1,500. Bagi Axia 1.0SE pula, harganya dikurangkan RM1,000 kepada RM43,000, manakala Axia 1.0AV menerima potongan RM500 dan kini berharga RM49,000.

Bagi pelanggan di Sabah dan Sarawak, Axia 1.0G kini dijual pada harga RM35,900 berbanding RM40,600 sebelum ini. Varian Axia 1.0X pula mencatatkan pengurangan sebanyak RM1,500 menjadikan harga baharunya RM40,500.
Dalam masa yang sama, Axia 1.0SE ditawarkan pada harga RM45,000 selepas dipotong RM1,000, manakala Axia 1.0AV kini berharga RM51,000 hasil pengurangan sebanyak RM500.

Harga yang diumumkan oleh PERODUA adalah tidak termasuk perlindungan insurans.
Pelaksanaan pelarasan harga ini bukan sahaja memberikan penjimatan kepada pengguna, malah turut memperkukuhkan kecekapan operasi melibatkan pembekal serta rakan strategik dalam ekosistem automotif PERODUA.
Sumber : Facebook PERODUA











