HOT FM merupakan stesen radio milik Synchrosound Studio Sdn Bhd, iaitu anak syarikat kepada Media Prima. Operasi siarannya dijalankan dari Sri Pentas yang terletak di Bandar Utama.
Stesen ini bersiaran tanpa henti selama 24 jam sehari dengan membawakan pelbagai genre lagu Melayu, Indonesia dan Inggeris, namun kandungan berbahasa Melayu menjadi pilihan utama dalam siaran mereka.
BACA JUGA : Senarai Frekuensi Radio ERA Di Seluruh Kawasan Di Malaysia
Stesen radio ini mula diperkenalkan pada 15 Januari 2006. Liputan siarannya bukan sahaja meliputi seluruh Malaysia, malah turut boleh didengari di Singapura dan sebahagian kawasan di Indonesia.
Sehingga kini, HOT FM masih kekal sebagai antara stesen radio paling popular di Malaysia dengan jumlah pendengar mingguan mencecah 3.5 juta orang.
Dari sudut pengaruh digital pula, stesen ini turut mendahului dalam penglibatan media sosial apabila memiliki sekitar 2.5 juta pengikut di Instagram serta lebih 2.3 juta pengikut di TikTok.
Senarai Frekuensi Hot FM Bagi Seluruh Malaysia
HOT FM menggunakan beberapa frekuensi siaran berbeza mengikut kawasan tertentu di seluruh Malaysia:
| Kawasan | Frekuensi Hot FM |
|---|---|
| Lembah Klang | 97.6 FM |
| Alor Setar | 88.2 FM |
| Ipoh | 104.5 FM |
| Kuantan | 92.4 FM |
| Taiping | 90.5 FM |
| Kota Bharu | 88.6 FM |
| Pulau Pinang | 88.2 FM |
| Seremban | 99.5 FM |
| Johor Bahru | 90.1 FM |
| Kuching | 94.3 FM |
| Kota Kinabalu | 87.7 FM |
| Terengganu | 105.0 FM |
| Melaka | 104.3 FM |
| Singapura | 90.1 FM |

Bagi pendengar yang ingin menikmati siaran HOT FM melalui cara lain, anda boleh strim secara percuma menerusi https://www.audioplus.audio/











