Jangan lupa saksikan drama Setia Itu Mahal yang akan mula menemui penonton pada 28 Julai 2025. Drama ini akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam menerusi slot Akasia di TV3.
Selain itu, drama yang menggantikan Selamat Pengantin Haru ini juga boleh di strim secara online menerusi platform iQIYI di https://www.iq.com/ atau aplikasi mobile secara percuma.
Drama 28 episod ini merupakan nukilan skrip daripada Sophilea dan diarahkan oleh Jamal Khan. Wiranusa Corporation Sdn. Bhd. merupakan pihak produksi yang bertanggungjawab menghasilkan karya ini.
Episod : 28
Tayangan : Slot Akasia TV3 & iQIYI
Tarikh : Mulai 28 Julai 2025 (Isnin – Jumaat)
Masa : 7.00 PM
Penulis Skrip : Sophilea
Pengarah : Jamal Khan
Produksi : Wiranusa Corporation Sdn. Bhd.

OST Drama
Tajuk Lagu : Lemah
Penyanyi : Dayang Nurfaizah
Komposert : Hael Husaini
Penulis Lirik : Hael Husaini
Barisan Pelakon
Pelakon utama dalam Setia Itu Mahal ialah Anna Jobling, Zahiril Adzim dan Redza Rosli. Mereka dibantu oleh Rita Nadira, Sharifah Husna, Aida Khalida, Arfie Shah, Riezman Khuzaimi, Natasha Roslan, Zarrin Nuqman dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Anna Jobling sebagai Dalina
- Zahiril Adzim sebagai Hakim
- Redza Rosli sebagai Tengku Farid
- Rita Nadira sebagai Sofea
- Sharifah Husna sebagai Tengku Natasya
- Aida Khalida sebagai Sakinah
- Arfie Shah sebagai Tengku Faizal
- Riezman Khuzaimi sebagai Tengku Zahim
- Natasha Roslan sebagai Iffa

Sinopsis Drama Setia Itu Mahal
Drama Setia Itu Mahal mengisahkan tentang Dalina iaitu seorang pereka fesyen ternama, menikmati kehidupan bahagia bersama suaminya, Dr Hakim dan anak mereka, Alia.
Namun, keharmonian itu mula tergugat apabila cinta lamanya, Tengku Farid, kembali muncul, menuntut rasa kasih yang kononnya masih kekal bersemi. Walaupun Tengku Farid kini sudah berkahwin dengan seorang wanita berpengaruh bernama Tengku Natasya, hatinya dikatakan tetap setia pada Dalina.
Setiap lirikan dan tutur kata Farid seolah-olah membangkitkan kembali perasaan yang telah lama Dalina kuburkan. Dalam kepenatan menjaga keluarga, ditambah pula rasa terpinggir kerana kesibukan suami, Dalina mula hilang pendirian.
Kesetiaan dan pengorbanan Hakim, suami yang begitu mencintainya, mula tergugat apabila dia menyedari Dalina semakin menjauh. Saat Alia jatuh sakit dan Dr Hakim gagal dihubungi, Dalina terpaksa mendapatkan bantuan Tengku Farid.
Apakah tindakan ini akan membawa mereka semula ke jalan cinta lama yang mungkin belum pernah padam? Dan apakah sebenarnya makna cinta sejati?












1 thought on “Drama Setia Itu Mahal Di TV3”