DBKL Tawarkan Pengurangan Kompaun Sehingga RM5 Bermula Serta Merta

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
pengurangan kompaun saman dbkl

Berita baik untuk semua terutamanya penduduk di Kuala Lumpur dimana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengumumkan dengan melaksanakan kadar pengurangan kompaun trafik.

Ini bermakna, sekiranya anda ada melanggar peraturan atau melakukan kesalahan trafik sama ada menggunakan kereta atau motosikal dan menerima saman, anda boleh dapat pengurangan kompaun tersebut.

Langkah ini dibuat oleh DBKL supaya memudahkan warga kota terutamanya untuk melangsaikan tunggakan saman mereka. Tiada lagi alasan untuk lari dari membayar kompaun yang diperoleh.

kadar pengurangan kompaun trafik DBKL

Kadar Pengurangan Kompaun Trafik DBKL

Seperti yang diumumkan, kadar pengurangan kompaun ini adalah untuk pengguna kereta dan motosikal sahaja. Untuk kompaun sebelum tahun 2021, anda hanya perlu bayar RM5.00 sahaja. Manakala untuk kompaun selepas 2021, kadanya adalah RM10.00

  • Kompaun sebelum 2021 = RM5.00
  • Kompaun selepas 2021 = RM10.00

Tawaran ini dibuka serta merta kepada orang ramai bermula 13 Oktober 2026. Jadi sila berbuat demikian sebelum ianya ditutup pada masa akan datang.

Cara Bayar Kompaun Saman Trafik DBKL

Pihak DBKL telah menyediakan 4 kaedah pembayaran kompaun iaitu bayar di kaunter-kaunter bayaran DBKL secara fizikal, kaunter Pos Malaysia, aplikasi PAY@KL atau menerusi laman web https://pbtpay.kpkt.gov.my/.

BACA JUGA : Cara Bayar Saman Polis Trafik (PDRM) – Kesalahan Trafik

Jangan lepaskan peluang ini yang mungkin tidak datang selalu. Anda kini boleh langsaikan saman anda dengan harga yang lebih murah berbanding sebelumnya.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now