Cara Bayar Saman Polis Trafik (PDRM) – Kesalahan Trafik

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
bayar saman polis pdrm

Anda kena saman Polis Trafik, tapi tak tahu cara nak bayar. Adakah ada pilihan lain selain daripada bayar terus di kaunter di Pejabat Polis? Sebenarnya ada, anda boleh bayar secara online sahaja.

Di era moden sekarang, banyak perkara yang boleh dilakukan secara atas talian sahaja. Tak perlu pergi bawa diri dan beratur di kaunter untuk selesaikan urusan. Perkara ini juga adalah termasuk untuk bayar saman polis.

BACA JUGA : Senarai Pangkat Polis PDRM Di Malaysia

Jika dahulu, kalau kena saman polis atas kesalahan trafik yang bukan perlu ke mahkamah, anda perlu pergi ke mana-mana Pejabat Polis Daerah (IPD) atau mana-mana kaunter Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) untuk bayar saman.

Kini tidak lagi!

Dengan kemaskini terbaru, anda boleh bayar saman polis atas kesalahan trafik secara online sahaja. Anda hanya perlu download aplikasi yang telah ditetapkan, kemudian bayar saman seperti biasa.

Kadar Kompaun Saman Berkaitan Kesalahan Trafik

Bermula 1 Januari 2026, kerajaan telah mengumumkan kadar kompaun saman bagi kesalahan trafik telah diselaraskan antara JPJ dan PDRM. Ini bermakna, jika anda di saman dari mana-mana penguatkuasa, kadar saman adalah sama.

Bukan itu sahaja, kerajaan turut memperkenalkan prinsip baharu “The Less You Delay, The Less You Pay”, di mana kadar kompaun lebih rendah diberikan kepada mereka yang membayar saman lebih awal.

Kebanyakkan kesalahan trafik, kadar bayaran adalah RM150 bagi setiap saman. Tapi sekiranya anda lewat untuk bayar saman tersebut, setiap 2 minggu, harga akan naik seperti berikut:

  • RM150 (1-15 hari)
  • RM200 (16-30 hari)
  • RM300 (31-60 hari)

Kadar kompuan dan saman ini meliputi kesalahan trafik seperti :

  1. Memandu secara tidak berhemah
  2. Menghalang pergerakan lalulintas yang lain
  3. U-turn di tempat yang tidak dibenarkan
  4. Mengisi minyak tanpa mematikan enjin
  5. Tidak pamer Plat ‘P’ dan ‘L’
  6. Tidak memberi signal semasa membelok
  7. Menggunakan telefon bimbit semasa memandu
  8. Memotong kenderaan di garisan berkembar
  9. Memandu di lorong bas
  10. Tidak memakai tali pinggang keledar
  11. Topi keledar tidak mengikut standard dan sebagainya

Anda boleh DISINI untuk senarai penuh jenis kesalahan trafik bagi yang boleh disaman atau tidak (kena naik mahkamah)

Cara Bayar Saman Polis Trafik Secara Online

Pihak PDRM telah menyediakan 1 platform bagi menyemak dan membayar saman berkaitan kesalahan trafik menerusi MyBayar PDRM. Anda boleh pergi ke laman web https://mybayar.rmp.gov.my/en atau menggunakan aplikasi mobile yang telah disediakan.

Untuk menggunakan platform ini, anda wajib terlebih dahulu untuk daftar akaun. Perlu masukkan matlumat peribadi seperti nama penuh, no. mykad, alamat, emel, no. telefon dan sebagainya.

Bagi tutorial langkah-langkah dan cara untuk bayar saman polis seperti dibawah adalah dengan menggunakan aplikasi:

1. Login aplikasi MyBayar PDRM dengan menggunakan MyDigital ID

BACA JUGA : Cara Daftar MyDigital ID Secara Online Tanpa Perlu Keluar Rumah

2. Pada halaman utama, klik pada Payment of Summons

cara bayar saman polis

3. Kemudian akan disenaraikan saman yang telah dikeluarkan atas no. mykad anda. Dipaparkan butiran lengkap tentang saman anda tersebut beserta harga yang perlu dibayar. Klik pada saman tersebut dan tekan Checkout

4. Seterusnya anda perlu pilih cara bayaran (payment method) sama ada menggunakan online banking atau kad kredit. Klik pada pilihan anda dan tekan Pay

Bayar seperti biasa sehingga selesai

cara bayar saman polis

5. Jika pembayaran berjaya, anda akan dapat resit. Selesai

Sebenarnya selain daripada MyBayar PDRM, anda juga boleh menggunakan MyGOV. Ikuti langkah mudah seperti dibawah :

  1. Buka aplikasi MyGOV
  2. Klik pada butang Saman
  3. Akan dipaparkan jumlah Saman beserta harga yang perlu dibayar untuk kesalahan PDRM dan JPJ
  4. Klik pada saman yang tersenarai
  5. Akan dipaparkan butiran pembayaran. Klik Seterusnya
  6. Kemudian pilih jenis pembayaran – FPX & Kad debit/kredit dan klik Seterusnya
  7. Bayar sehingga selesai

Semoga membantu

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now