Perjanjian sewa rumah antara perkara utama dan paling awal anda perlu sediakan sekiranya anda ingin atau berhajat untuk mencari mereka yang akan sewa dan menjaga rumah anda tersebut.
Ianya sangat penting dimana tujuan utama bagi memudahkan urusan pemilik rumah dan penyewa serta mengelakkan sebarang perkara buruk dan salah faham di kemudian hari.
Disebabkan itu, perlu dan wajib sediakan perjanjian atau agreement secara hitam putih. Risiko sangat besar sekiranya perkara ini diabaikan. Sebenarnya ianya juga menjaga kedua-dua pihak.
BACA JUGA : Panduan Lengkap Pilih Masa Dan Waktu Terbaik Beli Rumah
Jadi untuk anda yang mungkin pertama kali untuk sewakan rumah anda kepada orang, anda boleh dapatkan contoh Perjanjian Sewa Rumah disini. Anda hanya perlu sediakan beberapa bahan dan sedia untuk berurusan selepas itu.
Apa Itu Perjanjian Sewa Rumah
Perjanjian sewa rumah ialah dokumen bertulis yang mengandungi syarat dan persetujuan antara owner dengan penyewa sepanjang tempoh sewaan. Dokumen ini bertindak sebagai bukti rasmi bagi melindungi hak kedua-dua pihak sekiranya berlaku sebarang masalah pada masa akan datang.
Secara ringkasnya, perjanjian ini akan menerangkan perkara penting seperti jumlah bayaran sewa bulanan, tempoh sewaan, jumlah deposit, bil utiliti, serta tanggungjawab penyewa dan pemilik rumah. Dengan adanya agreement sewa rumah, kedua-dua pihak dapat mengelakkan salah faham atau pertikaian berkaitan rumah yang disewa.
Ramai orang masih menyewa rumah hanya melalui perbincangan mulut tanpa sebarang hitam putih. Walaupun nampak mudah, cara ini boleh mendatangkan risiko seperti penyewa gagal membayar sewa, kerosakan rumah, atau tuan rumah menukar syarat sesuka hati. Sebab itu, perjanjian sewa rumah sangat penting walaupun untuk sewaan jangka pendek.
Selain memberi perlindungan kepada tuan rumah, agreement sewa juga membantu penyewa mendapatkan jaminan bahawa rumah tersebut boleh diduduki mengikut tempoh yang dipersetujui tanpa gangguan. Ia juga boleh dijadikan rujukan sekiranya berlaku isu berkaitan pembayaran atau kerosakan harta benda.
Kepenting Perjanjian Sewa Rumah
Kebiasaanya dokumen perjanjian ini adalah disediakan oleh tuan rumah sendiri. Meskipun begitu, perjanjian ini sebenarnya bukan penting untuk pemilik rumah sahaja, tetapi untuk penyewa juga.
Untuk Tuan Rumah
Bagi pemilik rumah, perjanjian sewa membantu memastikan penyewa mematuhi syarat yang telah dipersetujui. Segala perkara seperti bayaran sewa bulanan, tempoh pembayaran, penjagaan rumah, dan penggunaan harta benda boleh dinyatakan dengan jelas dalam agreement.
Selain itu, dokumen ini juga boleh dijadikan bukti sekiranya penyewa gagal membayar sewa, merosakkan rumah, atau melanggar syarat kontrak. Dengan adanya perjanjian bertulis, tuan rumah lebih mudah mengambil tindakan yang sewajarnya tanpa berlaku pertikaian besar.
Untuk Penyewa
Bagi penyewa pula, agreement sewa rumah memberi jaminan bahawa mereka mempunyai hak untuk tinggal di rumah tersebut sepanjang tempoh yang dipersetujui. Tuan rumah juga tidak boleh sewenang-wenangnya menghalau penyewa tanpa sebab yang munasabah.
Perjanjian ini juga turut membantu penyewa memahami tanggungjawab mereka seperti pembayaran bil utiliti, penjagaan rumah, dan syarat pemulangan deposit. Semua syarat yang jelas dapat mengelakkan salah faham antara kedua-dua pihak.
Contoh Perjanjian Sewa Rumah
Anda boleh dapatkan sahaja mana-mana contoh agreement atau perjanjian ini di internet. Tiada format khas yang perlu diikuti. Tetapi anda perlu ubah sahaja mengikut kesesuaian dan keperluan.
Dalam sebarang apa juga bentuk perjanjian hitam putih ini, adalah lebih baik anda menjelaskan duti setem dan juga dokumen ditandatangani di hadapan saksi. Ini bertujuan perjanjian sewa ini sah disisi undang-undang.
Kebiasaanya dalam perjanjian sewa rumah yang lengkap, anda perlu sediakan terma-terma dan butiran yang penting. Senarai adalah seperti berikut :
- Nama penyewa
- Nombor telefon
- Peranan dan tanggungjawab kedua belah pihak
- Tindakan yang akan dikenakan sekiranya kedua belah pihak melanggar perjanjian sewa
- Tandatangan Pemilik (Tuan Rumah), Penyewa, dan Saksi
- Duti setem
Berikut merupakan contoh Perjanjian Sewa Rumah beserta format dan template yang telah disediakan dalam format Word.

















