Cara Buat Dan Resepi Tepung Pelita

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
cara buat tepung pelita

Siapa yang tidak kenal dengan tepung pelita? Kuih tradisional yang sering menjadi kegemaran di bazar Ramadan ketika bulan puasa ini mempunyai tekstur lembut, rasa manis berlemak, dan kombinasi warna hijau serta putih yang begitu menggoda selera.

Dengan aroma pandan yang wangi serta lapisan santan yang lemak berkrim, tidak hairanlah kuih ini sering habis diborong dalam sekelip mata! Biasa setiap tahun ramai yang menunggu-nunggu untuk dapatkan tepung pelita paya jaras terutamanya

Apa yang menarik, tepung pelita bukan sahaja sedap tetapi juga mudah dibuat sendiri di rumah. Anda tidak perlu menjadi chef profesional untuk menghasilkan kuih ini. Dengan bahan-bahan asas seperti tepung beras, santan, dan gula, anda boleh mencipta sendiri hidangan yang cukup enak untuk seisi keluarga.

Cara Buat Tepung Pelita

Jadi, daripada perlu beratur panjang di bazar Ramadan, apa kata kita cuba buat sendiri tepung pelita di rumah? Jom ikuti resepi lengkap di bawah yang dikongsikan oleh Ameera di facebook yang telah mendapat ribuan share sehingga hari ini.

1) Ambil 8 helai daun pandan dan hiris kecil.

2) Kisar daun pandan bersama 2 cawan air. Setelah dikisar, tapis untuk membuang serdak dan ambil airnya sahaja.

3) Masukkan 1 cawan tepung beras.

4) Masukkan 1 cawan gula.

5) Masukkan 1 sudu kecil garam.

6) Masukkan 1 sudu kecil pewarna hijau untuk mencantikkan warna kuih.

7) Masak sambil sentiasa mengacau selama kira-kira 5 minit.

8) Tuangkan ke dalam bekas kecil yang bersesuain.

9) Taburkan sedikit gula di atasnya, kemudian biarkan seketika.

10) Masukkan 4 sudu makan tepung beras.

11) Seterusnya, tambah 2 sudu makan tepung ubi.

12) Masukkan 2 beg santan segar. Jika tiada, boleh gantikan dengan 1 kotak santan.

13) Tambah 2 cawan air, kemudian masak.

14) Masukkan 1 sudu makan garam.

15) Akhir sekali, masak hingga semuanya sebati.

16) Masak selama kira-kira 10 minit. Apabila adunan mulai pekat dan sedikit beku, tutup api.

17) Setelah selesai, terus tuangkan di atas lapisan sebelumnya, walaupun masih panas. Gunakan 1 sudu untuk setiap bekas.

18) Akhir sekali, hias dengan daun pandan di atasnya untuk tampilan yang lebih cantik.

Tips Tambahan

  • Gunakan santan segar untuk rasa yang lebih berlemak.
  • Jika suka, boleh tambah sedikit pewarna hijau untuk lapisan pandan lebih menyerlah.
  • Untuk versi lebih tradisional, boleh gunakan daun pisang sebagai bekas acuan.

Tepung pelita ini bukan sahaja sedap, tetapi juga menyeronokkan untuk dibuat bersama keluarga. Jadi, apa tunggu lagi? Jom cuba resepi ini dan nikmati keenakan kuih tradisional yang pasti menggamit nostalgia!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now