Biodata Muhyiddin Yassin – Ahli Politik & Perdana Menteri ke-8 Malaysia

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
Muhyiddin yassin

Tan Sri Mahiaddin Yasin, yang lebih dikenali sebagai Muhyiddin Yassin, merupakan tokoh politik negara yang pernah menerajui kepimpinan Malaysia sebagai Perdana Menteri ke-8.

Pelantikan beliau berlaku pada 29 Februari 2020 dan upacara angkat sumpah jawatan dilaksanakan pada 1 Mac 2020.

Peralihan kuasa ini berlaku susulan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 24 Februari 2020 yang mencetuskan perubahan besar dalam landskap politik negara.

Dalam dunia politik, Tan Sri Muhyiddin merupakan Ahli Parlimen Pagoh. Beliau juga berperanan penting sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Beliau mengakhiri tempoh perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri pada 16 Ogos 2021 selepas berdepan pelbagai kritikan, khususnya berkaitan pendekatan kerajaan dalam menguruskan krisis pandemik Covid-19.

Penulisan ini merangkumkan maklumat ringkas berkaitan latar belakang dan perjalanan kerjaya Perdana Menteri Malaysia yang ke-8.

Biodata Muhyiddin Yassin

Nama penuh: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Isteri: Puan Sri Noorainee Abdul Rahman
Tarikh lahir: 15 Mei 1947
Tempat lahir: Muar, Johor
Parti politik: UMNO (1971–2016) dan BERSATU (bermula 2016)
Bilangan anak: Empat orang

  • Fakhri Yassin
  • Nabilah
  • Najwa
  • Farhan Yassin

Kehidupan Awal

Tan Sri Muhyiddin Yassin dilahirkan dan dibesarkan di Bandar Maharani, Muar, Johor. Beliau merupakan anak kepada seorang tokoh agama yang dikenali ramai, iaitu Tuan Haji Muhammad Yassin bin Haji Muhammad.

Bapanya mempunyai empat orang isteri, dan Muhyiddin merupakan anak hasil perkahwinan bersama isteri kedua, Puan Hajjah Khadijah binti Haji Kassim.

Pendidikan awal beliau bermula di Sekolah Kebangsaan Maharani sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Kebangsaan Ismail yang menggunakan sistem aliran Inggeris.

Seterusnya, beliau melanjutkan pengajian di Government English School pada peringkat menengah.

Selepas menamatkan persekolahan, beliau diterima masuk ke Universiti Malaya pada tahun 1968 dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi dan Pengajian Melayu.

Kerjaya

Langkah awal Tan Sri Muhyiddin dalam alam pekerjaan bermula sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1970.

Empat tahun kemudian, beliau dilantik sebagai Penolong Pegawai Daerah Muar. Pengalaman luas dalam perkhidmatan awam ini menjadi asas kukuh untuk beliau meneroka sektor korporat.

Sepanjang tempoh antara 1974 hingga 1978, beliau memegang beberapa jawatan penting dalam syarikat swasta, termasuk sebagai Pengurus Perjawatan di SGS Ates Sdn. Bhd., Pengarah Urusan Sri Saujana Berhad, serta Pengarah di Equity Mal Sdn. Bhd.

Gabungan pengalaman pentadbiran dan korporat ini banyak membantu dalam perjalanan politik beliau selepas itu.

Jawatan Tertinggi Pernah Disandang

  • Perdana Menteri Malaysia ke-8
  • Timbalan Perdana Menteri Malaysia
  • Timbalan Presiden UMNO
  • Menteri Pelajaran Malaysia
  • Menteri Dalam Negeri
  • Menteri Besar Johor
  • Menteri Belia dan Sukan
  • Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna
  • Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
  • Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
tan sri muhyddin yassin

Jawatan Kerajaan

  1. Pada tahun 1981 – Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri Malaysia
  2. Pada tahun 1982 – Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan
  3. Mei 1995 – Menteri Belia dan Sukan selepas Pilihan Raya Umum ke-9
  4. Disember 1999 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
  5. Januari 2004 – Mengetuai Kementerian Pertanian berikutan penstrukturan semula Kabinet Persekutuan.
  6. Pilihan Raya Umum Ke 11 – Dilantik semula menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
  7. Pengerusi Yayasan Nurul Yaqeen
  8. Membangunkan aktiviti golf di Malaysia
  9. 2009 – Timbalan Presiden UMNO dan Timblaan Pengerusi Barisan Nasional
  10. Julai 2015 – Dipecat daripada menjadi Timbalan Perdana Menteri
  11. 2016 – Digantung jawatan Timbalan Presiden UMNO, dipecat sebagai Timbalan Presiden UMNO
  12. Ogos 2016 – Masuk dalam parti politik baharu iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
  13. Dilantik menjadi Presiden Parti BERSATU
  14. 29 Februari 2020 – Dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8
  15. 7 Ogos 2020 – Dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now