Ramai yang mula tertarik untuk menceburi dunia trading forex selepas melihat ramai trader berjaya menjana pendapatan lumayan melalui bidang tersebut.
Memang tidak dapat dinafikan, ramai yang mahu mencari peluang untuk menambah pendpatan dan meningkatkan taraf hidup.
Namun begitu, untuk memperoleh keuntungan dalam forex bukanlah sesuatu yang mudah jika tiada pengetahuan yang mencukupi. Bidang ini memerlukan proses pembelajaran, latihan dan pemahaman yang betul sebelum seseorang boleh berjaya sebagai trader.
Oleh itu, sebelum pergi lebih jauh, kita kenali terlebih dahulu apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan forex.
Apa Itu Forex?
Forex ialah singkatan kepada foreign exchange yang membawa maksud pertukaran mata wang asing. Dalam Bahasa Melayu, ia juga sering disebut sebagai pertukaran mata wang.
Jadi, apa pula yang dimaksudkan dengan forex trading?
Forex trading merujuk kepada aktiviti jual beli mata wang dengan tujuan mendapatkan keuntungan. Dalam erti kata mudah, seseorang trader akan membeli sesuatu mata wang pada harga tertentu dan menjualnya semula apabila nilainya meningkat.
Untuk lebih mudah faham, bayangkan anda pergi ke money changer. Pada hari ini, kadar tukaran bagi USD1.00 ialah RM4.40. Jika anda mahu mendapatkan USD100, anda perlu membayar sebanyak RM440.
Kemudian, sebulan selepas itu nilai dolar meningkat dan kadar tukaran berubah kepada USD1.00 bersamaan RM4.60. Jika anda menukar semula USD100 tadi, anda akan menerima RM460. Ini bermaksud anda memperoleh keuntungan sebanyak RM20 hasil daripada perubahan nilai mata wang tersebut.
Pada masa kini, kebanyakan urusan forex dilakukan sepenuhnya secara dalam talian. Terdapat pelbagai platform trading yang membolehkan pengguna melihat pergerakan harga mata wang secara live sama ada naik atau turun.
Untuk mula trade, anda perlu memasukkan sejumlah modal ke dalam akaun trading. Dalam platform tersebut biasanya terdapat butang “BUY” dan “SELL” yang digunakan untuk membuka atau menutup posisi trading berdasarkan analisa pasaran bagi mendapatkan keuntungan.
Trading forex juga sangat fleksibel kerana semuanya dijalankan secara online. Anda hanya memerlukan telefon pintar atau komputer bersama sambungan internet untuk mula berdagang.
Pasaran forex dibuka selama lima hari seminggu dan beroperasi hampir 24 jam sehari. Oleh sebab itu, trader boleh memilih sendiri waktu yang paling sesuai untuk melakukan trading mengikut keselesaan masing-masing.
Apa Yang Diperlukan Untuk Mula Trade Forex?
1. PC/Laptop atau Smartphone
Pada zaman sekarang, aktiviti trading forex menjadi lebih mudah kerana ia boleh dilakukan hanya menggunakan PC, laptop atau smartphone.
Trader tidak lagi perlu berada di pejabat atau menggunakan peralatan yang rumit untuk memasuki pasaran forex. Dengan adanya teknologi moden, semua urusan trading boleh dilakukan di mana-mana sahaja selagi mempunyai sambungan internet.
Antara platform trading forex yang popular digunakan ialah MetaTrader 4 (MT4). Platform ini boleh dipasang pada komputer mahupun telefon pintar, sekali gus memudahkan trader memantau pergerakan pasaran dan melakukan transaksi pada bila-bila masa.
Melalui platform tersebut, pengguna boleh melihat carta harga, membuat analisa pasaran serta membuka posisi BUY atau SELL dengan lebih mudah dan pantas.
2. Modal Untuk Trading
Untuk memulakan trading forex, anda juga memerlukan modal sebagai permulaan. Namun begitu, kebanyakan broker pada hari ini tidak lagi menetapkan deposit yang terlalu tinggi untuk pelanggan baru.
Ada broker yang menawarkan deposit minimum serendah USD10 sahaja, malah sesetengahnya turut menyediakan bonus tanpa deposit kepada pengguna baru. Walaupun begitu, ramai trader berpengalaman menyarankan agar mempunyai sekurang-kurangnya sekitar USD100 sebagai modal permulaan supaya anda lebih bersedia sekiranya berlaku kerugian ketika trading.
Bagi mereka yang masih baru dalam dunia forex, langkah terbaik ialah belajar terlebih dahulu menggunakan akaun demo. Akaun demo membolehkan anda mencuba trading menggunakan wang maya tanpa perlu mempertaruhkan duit sebenar.
Cara ini sangat membantu untuk memahami bagaimana pasaran forex bergerak, belajar menggunakan platform trading serta mengasah kemahiran analisa sebelum mula trade menggunakan modal sebenar.
Salah satu broker yang popular dan sering digunakan oleh trader di Malaysia ialah FxPro. Broker ini menyediakan akaun demo yang boleh digunakan oleh beginner untuk belajar trading dengan lebih selamat dan mudah.
3. Ilmu Forex Trading
Sebelum mula terlibat dalam trading forex, perkara paling penting ialah mendapatkan ilmu dan memahami asas perdagangan terlebih dahulu. Jangan terus masuk trade tanpa pengetahuan yang mencukupi kerana pasaran forex mempunyai risiko kerugian yang tinggi.
Sebagai permulaan, anda perlu membiasakan diri dengan beberapa istilah asas dalam forex seperti leverage, spread, bid dan ask, carta harga, analisa fundamental serta analisa teknikal. Semua istilah ini sering digunakan dalam dunia trading dan sangat penting untuk difahami sebelum mula melabur menggunakan wang sebenar.
BACA JUGA : Cara Menggunakan Forex Factory Calendar
Proses belajar forex juga tidak perlu terlalu tergesa-gesa. Ambil masa untuk memahami satu persatu konsep supaya anda lebih yakin ketika membuat keputusan trading. Asas atau fundamental dalam trading memainkan peranan besar untuk membantu trader mengurus risiko dan mengelakkan kesilapan yang boleh menyebabkan kerugian besar.
Bagi beginner, anda boleh mulakan dengan membuka akaun demo terlebih dahulu sambil belajar cara trading. Dengan menggunakan akaun demo, anda boleh berlatih memasuki pasaran tanpa menggunakan duit sebenar dan pada masa yang sama meningkatkan kemahiran trading secara lebih selamat.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda memahami asas forex trading dengan lebih jelas. Semoga bermanfaat.












1 thought on “Apa Itu Forex Trading?”
Comments are closed.