Setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri, antara perkara yang sering menjadi perhatian ibu bapa ialah waktu cuti sekolah anak-anak.
Ini kerana ramai yang merancang perjalanan pulang ke kampung, bercuti bersama keluarga atau menghadiri majlis rumah terbuka sepanjang musim perayaan.
Bagi tahun 2026, cuti sekolah sempena Hari Raya Aidilfitri juga bertepatan dengan cuti penggal pertama persekolahan. Jadi tempoh cutinya agak panjang berbanding hari biasa.
Tambahan lagi, Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah mengumumkan cuti tambahan perayaan. Jadi cuti sekolah menjadi lebih panjang sebenarnya.
BACA JUGA : KPM Umum Cuti Tambahan Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun Ini
Namun masih ramai ibubapa yang mungkin belum menyemak takwim rasmi persekolahan dan tertanya-tanya berapa lama sebenarnya anak-anak mereka akan bercuti.
Artikel ini akan kongsikan secara ringkas dan jelas mengenai waktu cuti sekolah pada Hari Raya Aidilfitri 2026 mengikut kumpulan negeri yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mengikut Kalendar Akademi 2026.
Tarikh Dan Hari Mula Cuti Sekolah Sempena Hari Raya Aidilifitri 2026
Seperti biasa, kalendar akademik atau takwim persekolahan di Malaysia dibahagikan kepada 2 kumpulan negeri iaitu Kumpulan A dan kumpulan B.
Pembahagian ini dibuat kerana terdapat perbezaan cuti hujung minggu bagi beberapa negeri di Malaysia.
Untuk Kumpulan A iaitu melibatkan negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu, pelajar sekolah akan bercuti dari 20 Mac hingga 28 Mac 2026 iaitu selama 9 hari. Tapi terdapat cuti tambahan yang diberi iaitu pada 19 Mac 2026 (Khamis).
Manakala untuk Kumpulan B, pelajar sekolah akan bercuti dari 21 Mac hingga 29 Mac 2026, juga selama 9 hari. Manakala untuk cuti tambahan adalah sebanyak 2 hari iaitu pada 19 dan 20 Mac 2026 (Khamis & Jumaat).
Ini melibatkan sekolah-sekolah di negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Melalui pengumuman yang dibuat pada Mac, KPM bersetuju untuk satu lagi hari cuti tambahan kepada sekolah iaitu pada 18 Mac 2026 (Rabu). Oleh itu, secara keseluruhan hari cuti adalah seperti berikut :
- Kumpulan A : 18 – 28 Mac 2026 (11 hari)
- Kumpulan B : 18 – 29 Mac 2026 (12 hari)
Manfaatkan Cuti Sekolah Sempena Hari Raya Bersama Keluarga
Secara keseluruhannya, waktu cuti sekolah pada Hari Raya Aidilfitri 2026 memberikan tempoh rehat yang agak panjang kepada para pelajar sehingga 10 ke 11 hari secara keseluruhan.
Dengan mengetahui tarikh ini lebih awal, ibu bapa dapat merancang perjalanan dan aktiviti keluarga dengan lebih teratur sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.
Sumber : KPM











