Ucapan seperti Gong Xi Fa Cai dan Selamat Tahun Baru Cina memang tidak asing lagi setiap kali tibanya perayaan ini.
Di Malaysia khususnya, ayat tersebut sering diucapkan sebagai tanda penghormatan dan kegembiraan kepada masyarakat Cina yang meraikannya.
Sebenarnya, selain dua ucapan popular itu, terdapat pelbagai lagi versi ucapan Tahun Baru Cina yang boleh digunakan untuk memeriahkan suasana dan mengeratkan hubungan sesama kita.
Sambutan Tahun Baru Cina Di Malaysia
Tahun Baru Cina merupakan antara perayaan utama di Malaysia yang diraikan dalam suasana harmoni masyarakat berbilang kaum.
BACA JUGA : Contoh Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri
Bagi tahun 2026, sambutan ini jatuh pada 17 Februari, hari Selasa. Tarikh tersebut ditentukan berdasarkan kalendar lunar Cina yang menjadi asas kepada perayaan tradisi ini sejak turun-temurun.
Menjelang perayaan, suasana sudah mula berubah dengan dominasi warna merah yang melambangkan tuah dan kemakmuran. Kediaman dan premis perniagaan dihiasi dengan tanglung serta pelbagai dekorasi tradisional yang sinonim dengan musim perayaan.
Pada malam sambutan pula, bunyi mercun dan percikan bunga api memeriahkan lagi suasana sebagai simbol menghalau nasib malang dan menyambut tahun baharu dengan penuh semangat.
Antara elemen yang paling dinanti-nantikan setiap kali Tahun Baru Cina ialah persembahan tarian singa. Persembahan ini bukan sekadar hiburan, malah mencerminkan kerjasama dan keserasian dua individu yang menggerakkan kostum singa dengan penuh disiplin dan koordinasi.
Gerakan yang lincah dan teratur itu menjadi tarikan utama di pusat beli-belah, kawasan perumahan serta majlis rumah terbuka.
Untuk Tahun Baru Cina 2026, sambutan kali ini dikaitkan dengan Tahun Kuda mengikut kitaran zodiak Cina. Setiap tahun dalam kalendar lunar diwakili oleh haiwan tertentu yang membawa simbolik tersendiri.
Jadi, tidak salah untuk kita mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Tahun Kuda kepada rakan taulan, jiran tetangga atau kenalan berbangsa Cina sebagai tanda hormat dan semangat perpaduan.
Hukum Menyambut Tahun Baru Cina
Isu berkaitan hukum menyambut Tahun Baru Cina sering menjadi persoalan dalam kalangan masyarakat Islam terutamanya bila hidup berbilang kaum.
Berdasarkan penjelasan yang dikongsikan oleh pihak Mufti Wilayah Persekutuan, umat Islam dibenarkan untuk turut serta dalam sambutan ini selagi tidak melibatkan perkara yang bercanggah dengan akidah.
Malah, menikmati hidangan seperti Yee Sang juga diharuskan kerana ia dianggap sebagai adat dan budaya, bukannya ritual keagamaan.
Ucapan Khas Bahasa Cina
Berikut antara contoh ucapan Selamat Tahun Baru Cina dalam bahasa cina:
愿新年为你带来快乐,友爱和宁静 (Yuàn xīnnián wèi nǐ dàilái kuàilè, yǒu’ài hé níngjìng) – Semoga Tahun Baru membawa Anda kepada kegembiraan, cinta dan kedamaian
年年有馀 (Nián nián yǒu yú) – Semoga dilimpahkan rezeki setiap tahun
谨祝新年快乐幸福,大吉大利 (Jǐn zhù xīnnián kuàilè xìngfú, dàjídàlì) – Saya harap Anda mempunyai Tahun Baru yang gembira dan makmur
愿你所有的新年梦想都成真 (Yuàn nǐ suǒyǒu de xīnnián xiǎng dōu chéng zhēn!) – Semoga semua impian Tahun Baru Cina Anda menjadi kenyataan!
希望新年祝福给你带来欢乐,我的好朋友。(Xīwàng xīnnián zhùfú gěi nǐ dài lái huānlè, wǒ de hǎo péngyǒu) – Semoga Tahun Baru membawa kegembiraan kepada Anda, kawan!
Contoh Ucapan Selamat Tahun Baru Cina
Di bawah ini disediakan beberapa contoh ucapan dalam Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris yang boleh anda gunakan sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2026 Tahun Kalendar Kuda bagi masyarakat Tiong Hua.
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2026. Semoga Tahun Baru ini membawa kebahagiaan, kesejahteraan, dan peluang baru yang gemilang.
Mari kita bersama-sama merayakan tradisi, memupuk hubungan yang erat, dan menyambut setiap hari dengan semangat yang penuh keceriaan. Gong Xi Fa Cai!
Semoga Tahun Baru ini diraikan dengan penuh keceriaan dan kemakmuran bersama keluarga dan rakan-rakan. Tahun ini semua diberkati dengan kesihatan yang bagus dan semoga sentiasa murah rezeki. Da Ji Da Li,Gong Xi Fa Chai
“Gong Xi Fa Cai 2026” Buat Seluruh Kaum Tionghua di Malaysia. Semoga di tahun Kuda ini diberikan kekuatan untuk menghadapi setiap permasalahan sehingga mampu mengatasi setiap kesulitan yang ada.
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 2026🍊🍊 Kami ingin merakamkan ucapan, Selamat Tahun Baharu Cina kepada rakan-rakan berbangsa Cina yang menyambutnya. “Semoga perayaan ini disambut dengan meriah serta dapat mengeratkan lagi perpaduan sesama kita”
Selamat Tahun Baru Cinta 2026. Xin Nian Kuai Le kepada kawan-kawan dan rakyat Malaysia yang berbangsa Cina
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2026. “Ucapan Selamat Tahun Baru Cina kepada yang meraikannya. Semoga sambutan tahun baru ini membawa kemakmuran dan kebahagian kepada kita semua”
Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat Cina. Semoga perayaan tahun baharu pada tahun ini membawa kebahagiaan yang melimpah dan rezeki yang bertambah
Happy Chinese New Year 2026 Wishes
- Happy Chinese New Year. Wishing you wealth and prosperity in the year of horse
- Wishing you a happy new year, great luck and all your hopes fulfilled!
- Happy Chinese New Year 2026. Wish good health, good luck and much happiness throughout the year.
- Happy Chinese New Year! may luck always be at your door and shower you with blessings.
- Wherever you go, may prosperity and good fortune always be with you. I’m wishing you a prosperous Horse year!
- Let the Lunar New year inspire you to embrace a fresh start.
Pantun Tahun Baru Cina 2026
Diambil cermat sesenduk paru,
Belah ketupat makan kemudian,
Diucapkan Selamat Tahun Baru,
Moga mendapat lebih kekayaan.
Berjalan raya ke sana ke sini,
Singgah sekali di rumah Ah Hie,
Daku doakan anda murah rezeki,
So jangan lupa bagilah angpau sekali.
Duduk di dermaga menyiapkan joran,
Umpan digantung dikerumuni lebah,
Tahun Kuda membawa kemakmuran,
Mengharap untung rezeki bertambah.
Awan bertali di petang hari,
Bertiup lembut angin di sawah,
Murah rezeki angpau diberi,
Yee Sang disambut eratkan ukhwah.
Ikan tembakul dibeli kelmarin,
Letak di salaian tunku bercahaya,
Kuih bakul dan limau mandarin,
Jadi kemestian menyambut raya.
Kueh bangkit manis bergula,
Bila makan sampai terleka,
Ini tahun giliran Kuda pula,
Selamat Tahun Baru Cina kepada mereka.
Jalur gemilang diberi nama,
Rakyat hidup aman sentosa,
Biar berbeza bangsa dan agama,
Gong Xi Fa Cai tetap dirasa
















