Top 20 Individu Terkaya Dunia 2025 Versi Forbes, Elon Musk Teratas

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
elon musk terkaya dunia

Setiap tahun, penerbitan daripada majalah Forbes sering dijadikan penanda aras dalam mengenal pasti individu paling kaya dan berpengaruh di peringkat dunia.

Penyenaraian bilionair dunia ini tidak sekadar memaparkan jumlah harta, malah menggambarkan kekuatan ekonomi global, pengaruh inovasi teknologi, evolusi sektor industri serta corak kekayaan semasa.

Memasuki tahun 2025, peta kekayaan dunia masih dikuasai oleh nama-nama besar dari bidang teknologi, tenaga, kewangan, pelaburan, fesyen dan peruncitan.

Antara yang mencuri tumpuan ialah Elon Musk yang berjaya melonjakkan nilai kekayaannya daripada AS$195 bilion kepada AS$342 bilion, sekali gus mengekalkan kedudukannya sebagai individu paling kaya di dunia.

Di belakangnya, pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, berada di tempat kedua dengan jumlah kekayaan dianggarkan mencecah AS$216 bilion.

Mark Zuckerberg terkayat dunia

Kemudian diikuti oleh CEO Amazon iaitu Jeff Bezos yang berada di tempat ketiga individu terkaya dunia dengan nilai kekayaan hampir Mark Zuckerberg iaitu AS$215 bilion.

Senarai Top 20 Individu Terkaya Dunia Tahun 2025

Berikut merupakan senarai 20 individu terkayar dunia bagi tahun 2025 mengikut Forbes :

1. Elon Msuk (Amerika Syarikat) – $342 Bilion (Tesla, SpaceX)

2. Mark Zuckerberg (Amerika Syarikat) – $216 Bilion (Facebook)

3. Jeff Bezos (Amerika Syarikat) – $215 Bilion (Amazon)

4. Larry Ellison (Amerika Syarikat) – $192 Bilion (Oracle)

5. Bernaed Arnault & Family (Perancis) – $178 Bilion (LVMH)

6. Warren Buffett (Amerika Syarikat) – $154 Bilion (Berkshire Hathaway)

7. Larry Page (Amerika Syarikat) – $144 Bilion (Google)

8. Sergey Brin (Amerika Syarikat) – $138 Bilion (Google)

9. Amancio Ortega (Sepanyol) – $124 Bilion (Zara)

10. Steve Ballmer (Amerika Syarikat) – $118 Bilion (Microsoft)

11. Rob Walton & Family (Amerika Syarikat) – $110 Bilion (Walmart)

12. Jim Walton & Family (Amerika Syarikat) – $109 Bilion (Walmart)

13. Bill Gates (Amerika Syarikat) – $108 Bilion (Microsoft)

14. Michael Bloomberg (Amerika Syarikat) – $105 Bilion (Bloomberg LP)

15. Alice Walton (Amerika Syarikat) – $101 Bilion (Walmart)

16. Jensen Huang (Amerika Syarikat) – $98.7 Bilion (Semiconductors)

17. Michael Dell (Amerika Syarikat) – $97.7 Bilion (Dell Technologies)

18. Mukesh Ambani (India) – $92.5 Bilion (Diversified)

19. Carlos Slim Helu & Family (Mexico) – $82.5 Bilion (Telecom)

20. Francoise Bettencourt Meyers & Family (Perancis) – $81.6 Bilion (L’Oreal)

Sumber : Forbes

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now