Tiada Lagi Caj ATM RM1 Bermula Julai Depan

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
caj atm rm1

Mulai 1 Julai 2026, semua pelanggan bank di Malaysia tidak lagi perlu membayar caj RM1 apabila membuat pengeluaran wang tunai melalui mana-mana mesin ATM atau SRM di seluruh negara.

Perubahan ini membolehkan pemegang kad debit menikmati kemudahan mengeluarkan wang secara percuma tanpa sebarang had melalui lebih 14,000 mesin ATM dan SRM yang tersedia di Malaysia.

BACA JUGA : Lokasi Mesin ATM Maybank Untuk Tukar Duit Raya

Langkah tersebut diperkenalkan seiring dengan perkembangan sektor kewangan tempatan yang semakin memberi penekanan kepada pengurusan berasaskan digital.

Pada masa yang sama, ia turut memperkukuhkan hak pengguna dengan menyediakan pengalaman pengeluaran tunai yang lebih mesra pelanggan serta bebas daripada beban caj tambahan.

Pengumuman berhubung pelaksanaan ini dibuat secara bersama oleh Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM), serta Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM).

Jadi lepas ni, sekiranya anda pengguna Maybank, anda boleh keluarkan duit dari mesin ATM CIMB tanpa dikenakan caj RM1. Anda pengguna Bank Rakyat, anda boleh keluarkan di mesin atm BSN, juga tanpa sebarang caj dikenakan.

Kini tak perlu lagi nak drive jauh semata-mata untuk elak caj atm RM1.

Sumber : ABM

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now