10 Tempat Menarik Di Semenyih, Selangor Anda Wajib Singgah

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
tempat menarik di semenyih

Semenyih, sebuah bandar kecil di Selangor, semakin mendapat perhatian sebagai destinasi percutian menarik. Dahulu, ia dikenali sebagai kawasan tenang di pinggir bandar. Kini, Semenyih berkembang pesat dengan pelbagai tarikan alam dan aktiviti menarik.

Suasananya yang masih hijau dan damai menjadikannya tempat sesuai untuk bersantai. Ramai memilih datang ke sini untuk lari seketika daripada kesibukan kota. Bukan dari Selangor sahaja, mereka dari luar Selangor pun ramai datang ke sini.

Kawasan ini dikelilingi bukit, tasik, dan hutan yang menenangkan mata. Pelancong boleh menikmati keindahan alam sambil melakukan aktiviti luar seperti mendaki atau berkelah.

Pemandangan semula jadi yang memukau menjadikan Semenyih tumpuan penggemar fotografi dan pencinta alam. Ia sesuai untuk keluarga, pasangan mahupun rakan-rakan untuk ‘healing’.

Selain alam semula jadi, Semenyih juga mempunyai tarikan budaya dan sejarah yang menarik. Meskipun berada di Selangor, Semenyih juga berkedudukan dengan sempadan Negeri Sembilan.

Warisan ini memberi peluang kepada pengunjung mengenali sejarah kawasan ini dengan lebih dekat. Keunikan inilah yang menambah daya tarikan Semenyih.

Banyak Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Di Semenyih

Bagi yang gemar aktiviti mencabar, Semenyih menawarkan beberapa lokasi lasak. Ada laluan mendaki yang mencabar dan sungai sesuai untuk aktiviti air.

Tempat-tempat ini menjadi pilihan penggemar aktiviti luar setiap hujung minggu. Ia memberikan pengalaman berbeza berbanding destinasi bandar lain di Selangor.

Tidak dilupakan, Semenyih juga kaya dengan pilihan tempat makan menarik. Dari makanan tempatan hingga hidangan moden, semuanya boleh dicuba.

Banyak kafe dan restoran baharu muncul dengan konsep unik. Ini menjadikan pengalaman di Semenyih lebih lengkap dan menyeronokkan.

Kemudahan penginapan di Semenyih turut semakin baik. Banyak homestay, resort dan villa disediakan untuk pelancong. Kebanyakan penginapan menawarkan pemandangan indah serta suasana damai. Pengunjung boleh berehat dengan tenang selepas seharian meneroka.

Selain itu, lokasi Semenyih yang strategik memudahkan perjalanan dari Kuala Lumpur. Perjalanan hanya mengambil masa kurang satu jam. Ini menjadikannya destinasi ideal untuk percutian singkat hujung minggu. Ia juga mudah diakses melalui lebuh raya utama.

Sama ada untuk aktiviti lasak, bersantai, atau menikmati alam, Semenyih ada semuanya. Setiap lokasi menawarkan pengalaman berbeza tetapi sama menarik.

Inilah sebabnya Semenyih kini semakin popular dalam kalangan pelancong tempatan. Anda pasti tidak akan kecewa berkunjung ke sini.

10 Tempat Menarik Di Semenyih Anda Kena Datang

Jadi bagi anda yang ingin dapatkan lokasi menarik tak jaduh dari Kuala Lumpur, Semenyih lah jawapannya. Jom kita tengok senarai lokasi dan tempat menarik yang ada di Semenyih, Selangor.

1) Bukit Broga

Bukit Brogra Semenyih

Bukit Broga terkenal sebagai lokasi mendaki paling popular di Semenyih. Ketinggiannya sesuai untuk level amatur. Laluan mendaki tidak terlalu sukar, sesuai untuk aktiviti keluarga. Pemandangan matahari terbit di puncak sangat menakjubkan.

Aktiviti utama ialah mendaki dan fotografi. Tiada bayaran masuk, hanya caj parkir kecil dikenakan. Datang awal pagi untuk elak cuaca panas.

2) Air Terjun Sungai Tekala (Sungai Telaka Recreational Forest)

Air Terjun Sungai Tekala

Air Terjun Sungai Tekala terletak di Hutan Lipur Sungai Tekala. Kawasan ini sesuai untuk berkelah dan mandi sungai. Persekitarannya tenang dan penuh kehijauan semula jadi. Terdapat kemudahan asas seperti tandas dan pondok rehat.

Bayaran masuk adalah RM2 seorang. Aktiviti lasak ringan seperti jungle trekking juga boleh dilakukan. Sangat sesuai untuk keluarga atau kumpulan kecil.

3) Empangan Semenyih

Empangan Semenyih

Empangan Semenyih menawarkan suasana damai dan pemandangan indah air tenang. Tempat ini sesuai untuk fotografi, santai dan menikmati alam. Tiada bayaran masuk dikenakan untuk melawat kawasan ini.

Aktiviti popular termasuk berbasikal dan bersiar-siar. Kawasan ini juga sering dijadikan lokasi berkelah hujung minggu. Walau bagaimanapun, dilarang mandi atau memancing di kawasan empangan.

4) Sungai Lalang Hot Spring

Sungai Lalang Hot Spring

Sungai Lalang Hot Spring terletak berhampiran sempadan Semenyih. Ia merupakan kolam air panas semula jadi yang sering dikunjungi penduduk tempatan. Pengunjung boleh berendam sambil merehatkan badan. Bayaran masuk RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.

Suasana kampungnya tenang dan sesuai untuk kunjungan keluarga. Air panasnya dipercayai membantu mengurangkan keletihan badan. Datang awal pagi untuk pengalaman lebih selesa.

5) Ostrich Wonderland Semenyih

Ostrich Wonderland Semenyih

Ostrich Wonderland menempatkan pelbagai haiwan termasuk burung unta, arnab dan kambing. Pengunjung boleh memberi makan dan mengambil gambar bersama haiwan. Ia sangat sesuai untuk aktiviti keluarga, terutama kanak-kanak.

Bayaran masuk adalah RM20 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak. Terdapat juga aktiviti pendidikan tentang penjagaan haiwan. Lokasi ini sesuai untuk lawatan santai dan pembelajaran interaktif.

6) Semenyih Eco Venture

Semenyih Eco Venture

Semenyih Eco Venture ialah pusat aktiviti lasak dan rekreasi. Aktiviti menarik termasuk ATV, paintball, flying fox dan kayak. Sesuai untuk kumpulan besar atau acara pasukan.

Bayaran bergantung pada pakej aktiviti yang dipilih. Terdapat juga penginapan untuk pengunjung yang mahu bermalam. Tempat ini terkenal dengan suasana hijau dan aktiviti luar mencabar.

7) Seville Wonderland

Seville Wonderland

Saville Wonderland adalah pusat agro perlancongan yang mempunyai pelbagai aktiviti menarik untuk keluarga termasuk Memanah, Petting Zoo Memancing dan banyak lagi!

Bayaran masuk adalah mengikut aktiviti yang ingin dilakukan. Banyak kemudahan disediakan disini termasuk pondok. Kawasan ini juga sering dijadikan lokasi sambutan hari keluarga.

8) Kolam Pancing Damai Semenyih

Kolam Pancing Damai Semenyih

Kolam Pancing Damai merupakan lokasi popular bagi kaki pancing. Kolamnya luas dan menempatkan pelbagai jenis ikan air tawar. Pengunjung boleh membawa peralatan sendiri atau sewa di sana.

Suasananya santai dan sesuai untuk aktiviti hujung minggu. Ramai keluarga datang untuk berehat sambil memancing.

9) Paradise Valley Broga

Paradise Valley Broga

Paradise Valley Broga ialah resort rekreasi yang dikelilingi alam semula jadi hijau. Pengunjung boleh melakukan aktiviti menarik seperti flying fox, kayak, abseiling dan memanah.

Tempat ini sesuai untuk keluarga, kumpulan sekolah atau team building. Bayaran bergantung pada aktiviti dan pakej penginapan. Suasana tenang menjadikannya lokasi percutian ideal. Info lanjut layari laman web https://paradisevalleybroga.com/

10) Setia EcoHill Park

Setia EcoHill Park

Setia EcoHill Park ialah taman rekreasi moden dalam kawasan perumahan. Terdapat laluan jogging, taman permainan dan tasik buatan. Ia sesuai untuk aktiviti keluarga atau bersantai petang.

Kawasan ini bersih dan selamat untuk kanak-kanak. Aktiviti seperti berbasikal dan beriadah sangat digalakkan di sini.

11) Windmill Fun Park

Windmill Fun Park Semenyih

Windmill Fun Park terletak berhampiran kawasan Broga dan terkenal dengan suasana santai serta pemandangan indah. Taman ini menawarkan pelbagai permainan dan aktiviti ringan sesuai untuk keluarga.

Terdapat lebih 20 tarikan termasuk “skywalk”, gelongsor besar, dan kawasan bermain yang digambarkan sebagai “eco-friendly, unpowered fun”. Tempat ini juga merupakan The Largest Non-Motorised Fun Park di Malaysia. Tiket masuk bermula dengan harga RM38. Info lanjut disini.

Jangan Lupa Untuk Datang Ke Semenyih

Semenyih menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk semua peringkat umur. Dari aktiviti lasak hingga santai bersama keluarga, semuanya ada di sini. Keindahan alam dan suasana kampungnya menambah keunikan tersendiri.

Lawatan ke Semenyih pasti meninggalkan kenangan indah serta pengalaman yang sukar dilupakan.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment