10 Tempat Menarik Di Kelantan Untuk Kaki OOTD

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
tempat menarik di kelantan untuk ootd

Kelantan bukan sahaja terkenal dengan budaya dan makanannya, malah negeri ini juga kaya dengan lokasi-lokasi yang sangat ‘insta-worthy’ untuk sesi OOTD. Nak travel sini nanti, boleh tengok senarai dibawah.

Bagi yang suka bergambar dan berkongsi momen di media sosial, ada banyak tempat menarik di Kelantan yang mampu menjadi latar sempurna untuk gambar yang cantik dan estetik.

Dari pantai yang luas dan mendamaikan, sehinggalah ke street art penuh warna-warni, semuanya ada di sini. Jom tengok senarai lokasi menarik di Kelantan yang wajib singgah kalau nak gambar OOTD anda lain dari yang lain!

Senarai Lokasi Dan Tempat Menarik Di Kelantan

Tak tahu lokasi mana yang menarik nak ambil gambar di Kelantan? Boleh tengok senarai dibawah :

1. Pantai D’Aur, Bachok

Pantai D’Aur, Bachok

Pantai ini terkenal dengan deretan pondok kayu unik menghadap laut serta dekorasi estetik ala bohemian. Waktu petang sangat sesuai untuk ambil gambar dengan cahaya matahari keemasan.

2. Pantai Senok, Bachok

Pantai Senok

Digelar “Nami Island Kelantan”, pantai ini dikelilingi pokok rhu yang tersusun rapi, mencipta suasana romantik dan tenang. Tempat wajib kalau nak foto ala Korea.

3. Jeram Mengaji

tempat menarik di kelantan Jeram Mengaji

Lokasi ala kampung tradisional lengkap dengan sungai dan jeti kayu kecil. Sesuai untuk foto berkonsep alam semula jadi dan santai.

4. Pantai Mek Mas, Kuala Besar

Pantai Mek Mas, Kuala Besar

Pantai yang masih terpelihara dan tidak sesak dengan orang ramai. Landskap laut luas dan angin sepoi-sepoi sangat membantu untuk foto OOTD yang minimalis.

5. Sawah Padi Wakaf Bata, Machang

Sawah Padi Wakaf Bata, Machang

Waktu padi menghijau atau menguning, kawasan ini sangat cantik untuk foto bertemakan kampung dan suasana damai. Langit terbuka menambah lagi dramatik suasana.

6. Denai Sungai Pengkalan Datu

Denai Sungai Pengkalan Datu

Laluan pejalan kaki kayu di tepi sungai yang dikelilingi pokok-pokok hijau menjadikan tempat ini ‘hidden gem’ untuk sesi bergambar.

7. Street Art Kota Bharu

Street Art Kota Bharu

Lukisan dinding yang berwarna-warni dan kreatif di tengah bandar Kota Bharu ini sangat sesuai untuk gambar OOTD yang ceria dan urban.

8. Pantai Melawi

Pantai Melawi

Pantai yang luas dan tenang ini sesuai untuk bergambar waktu senja. Permukaan pasir lembut dan garisan ombak menjadikan ia lokasi OOTD yang menenangkan.

9. Kolam Air Panas Tokbok

Kolam Air Panas Tokbok

Walaupun tempat ini lebih kepada terapi badan, kawasan sekitar juga sesuai untuk OOTD dengan suasana semula jadi dan kehijauan.

10. Train To Dabong

Train To Dabong

Perjalanan menaiki kereta api ke Dabong sangat fotogenik, lebih-lebih lagi dengan pemandangan hutan, sungai dan terowong. Gambar dalam tren juga tak kurang menariknya.

Nak tangkap gambar cantik tak semestinya perlu ke luar negara. Kelantan pun ada banyak tempat unik dan memukau untuk OOTD anda!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment