Telefilem Rumah Menanti Cahaya Di TV3

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
Rumah Menanti Cahaya

Saksikan telefilem Rumah Menanti Cahaya yang akan menemui penonton pada 14 Disember 2025, hari Ahad. Bersiaran pada pukul 9.00 malam menerusi slot Cereka Ahad di TV3 dan secara online di Tonton.

Sebuah naskah arahan Sharad Sharan ini bakal menampilkan gabungan pelakon hebat dua negara; Malaysia dan Indonesia.

Tayangan : Slot Cereka Ahad TV3
Tarikh : 14 Disember 2025 (Ahad)
Masa : 9.00 Malam
Pengarah : Sharad Sharan

Rumah Menanti Cahaya

OST Drama

Tajuk : Langit Tak Menjawab
Penyanyi : Mary Grace
Komposer : Acap Salim & Arif Izo
Lirik : Acap Salim & Arif Izo

Barisan Pelakon

Telefilem ini menampilkan pelakon seperti Daiyan Trisha, Zarif Ghazzi, Mathias Muchus, Eldania Zahra dan M Aditya Zoni.

Selain itu, terdapat juga penampilakn daripada Djihan Ranti, Shanice Margaretha Lie, Diego Afisyah dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Daiyan Trisha sebagai Mira
  • Zarif Ghazzi sebagai Dr. Daniel
  • Diego Afisyah sebagai Arman
  • Mathias Muchus sebagai Pak Ahmad
  • M. Aditya Zon sebagai Ian
  • Djihan Ranti sebagai Putri
  • Shanice Margaretha Lie sebagai Sita

Sinopsis Telefilem Rumah Menanti Cahaya

Telefilem Rumah Menanti Cahaya mengisahkan tentang Mira, seorang wanita Malaysia yang baru sahaja melalui fasa bahagia sebagai isteri kepada Arman.

Namun, kebahagiaan yang dibina itu runtuh dalam sekelip mata apabila Arman terkorban dalam satu kemalangan jalan raya, memaksa Mira kembali ke Jakarta dan melangkah masuk ke rumah keluarga suaminya buat pertama kali.

Kehadirannya di sana bukan disambut sebagai menantu yang diraikan, sebaliknya membawa bersama takdir duka yang mengundang pelbagai reaksi emosi.

Keadaan menjadi lebih rumit apabila keluarga Arman mengetahui bahawa Mira merupakan isteri yang dinikahi secara rahsia.

Saat yang sepatutnya menjadi pertemuan penuh kehangatan bertukar menjadi suasana penuh curiga, kemarahan dan penolakan, terutama daripada anak-anak Pak Ahmad yang masih belum mampu menerima kehilangan.

Dalam rumah yang sarat dengan ketegangan dan kesedihan itu, Mira berusaha menyesuaikan diri, menanggung luka demi luka yang hadir tanpa belas.

Ketika usaha mencari kebenaran dilakukan, satu demi satu rahsia lama mula terbongkar, mendedahkan punca perpecahan yang sekian lama menghantui keluarga tersebut.

Tatkala Mira semakin merasa terasing dan keseorangan, kehadiran Dr Daniel menjadi tempatnya bersandar, menyaksikan kekuatan yang cuba dipertahankan di sebalik jiwa yang rapuh. Persoalannya, mampukah penerimaan dan keikhlasan.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now