Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad selaku Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memaklumkan bahawa umat Islam di Malaysia akan meraikan Hari Raya Aidilfitri pada hari Sabtu ini bersamaan 21 Mac 2026.
BACA JUGA : Senarai Tarikh Hari Raya Aidilfitri Dari Dahulu Hingga Sekarang

Pengisytiharan rasmi mengenai tarikh sambutan Hari Raya Puasa tersebut telah disampaikan melalui siaran langsung di saluran televisyen dan radio tempatan sebentar tadi.
Sebelum ini, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia menjelaskan bahawa penentuan 1 Syawal dibuat berdasarkan gabungan kaedah rukyah dan hisab yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja.
Sebagai makluman, proses cerapan anak bulan Syawal telah dijalankan pada petang tadi, bersamaan 29 Ramadan, di sebanyak 29 lokasi terpilih di seluruh negara.












