Tahukah anda, pihak Kementerian Pendidikan telah menyediakan dan menetapkan Kalendar Akademik bagi program Matrikulasi 2026/2027 beserta tarikh cuti sepanjang sesi pembelajaran.
Menerusi kalendar ini, para pelajar boleh ketahui bila sesi atau semester baru akan bermula dan berakhir. Bukan itu sahaja, akan dipaparkan cuti semester dan cuti perayaan yang terlibat sepanjang sesi akademik berlangsung.
Dengan adanya jadual tersebut, para pelajar boleh mudah untuk buat persediaan atau bersedia lebih awal bagi merancang perjalanan pulang ke kampung dan buat tempahan tiket balik serta ingin melakukan aktiviti sepanjang cuti.
Tarikh cuti ini mungkin berbeza mengikut kalendar akademik dan ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia. Jadi semak keseluruhan jadual dibawah supaya tidak terlepas tarikh penting untuk sesi 2026/2027
Kalendar Akademik Matrikulasi 2026/2027 & Tarikh Cuti Sepanjang Semester
Berikut merupakan Takwim atau Kalendar Akademi Matrikulasi sesi 2026/2026 yang dikeluarkan oleh KPM bagi Kumpulan A dan B untuk semester 1 hingga 4:
- Kumpulan A : Kolej-kolej di negeri Kedah dan Kelantan
- Kumpulan B : Kolej-kolej di semua negeri kecuali Kedah dan Kelantan
a) Kalendar Akademik Matrikulasi
Dalam kalendar ini terdapat tarikh bagi minggu pendaftaran pelajar baru, minggu kuliah, tarikh cuti semester dan peperiksaan.

*Tambahan: Kalendar Interaksi Pensyarah

b) Senarai Tarikh Cuti Matrikulasi 2026
Dapatkan tarikh-tarikh penting terutamanya bagi cuti perayaan sepanjang tahun 2026 seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Hari Deepavali, Hari Raya Aidiladha dan sebagainya.

Untuk rujukan lebih lanjut, anda boleh pergi ke laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di https://www.moe.gov.my/











