Kaki drama melayu mesti tahu banyak slot drama yang disediakan di platform Astro terutamanya di Astro Prima. Salah satunya yang paling famous dan ditunggu-tunggu setiap minggu adalah slot Tiara.
Slot Tiara merupakan salah satu slot bagi drama melayu tempatan yang disiarikan di Astro Prima (CH105) iaitu pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 6.00 petang.
Menerusi slot ini, pelbagai drama telah ditayangkan bagi tontonan seisi keluarga. Antaranya Kasih Yang Terkorban, Dendam Seorang Mentua, Setiaku Berdiri, Dendam Seorang Madu, Pewaris Cinta dan banyak lagi.
Jadi pada waktu ini, kaki drama akan terus melekat di tv dan ikuti setiap episod yang ditayangkan. Slot ini juga membawakan drama melayu dengan jumlah episod yang banyak sehingga 50 ke 60 episod setiap musim.
Perubahan Waktu Slot Tiara Astro Prima
Namun begitu, menerusi pengumuman terbaru oleh pihak Astro, Slot Tiara yang asalnya ditayangkan pada pukul 6.00 petang akan ditukar atau bersiaran pada jam 8.00 malam. Hari masih sama (Isnin – Jumaat).

- Setiap Isnin – Jumaat
- 8:00 malam
- Astro Prima (Slot Tiara)
Perubahan waktu tayangan ini berkuatkuasa pada 12 Oktober 2026 (Isnin). Pada hari ini juga sebuah drama terbaru akan ditayangkan iaitu Menantu Tanpa Reda bagi menggantikan Kasih Yang Terkorban.
Jadi untuk peminat-peminat drama melayu semua jangan terlepas untuk waktu tayangan terbaru ini. Teruskan support, nikmati dan menonton karya tempatan hingga ke episod terakhir.











