Selepas kejayaan menerusi filem, Ipar Adalah Maut kini kembali dalam siri sinetron pula. Bersiaran setiap hari bermula 1 November 2025 menerusi platform Netflix. Ianya olahan baru dan tidak terkait dengan versi filem.
Kali ini, naskah arahan Hanu Bramantyo bersama Sanjeev Ram Kishan kembali dengan versi yang lebih panjang, emosional berbanding filem iaitu untuk 45 episod kesemuanya.
Episod : 45
Tayangan : Netflix
Tarikh : Mulai 1 November 2025 (Setiap Hari)
Cerita Asal : Elizasifaa
Pengarah : Hanung Bramantyo & Sanjeev Ram Kishan
Produksi : MD Entertainment

Barisan Pelakon & Watak
Pada versi Ipar Adalah Maut The Series ini, hanya dikekalkan Deva Mahenra sebagai Aris. Disamping pelakon-pelakon lain adalam muka-muka yang berlainan. 2 watak utama lain iaitu Tajana Saphira dan Nicole Parham.
Mereka dibantu oleh pelakon-pelakon seperti Alesha Fadilah Kurniawan, Ayu Dyah Pasha, Shan Ryan, Sonia Alyssa, Imran Ismail, Ivanka Suwandi, Rizky Fachrel, Diva Ratu, Acel Carla dan ramai lagi.
- Deva Mahenra sebagai Aris
- Tatjana Saphira sebagai Nisa
- Nicole Parham sebagai Rani
- Alesha Fadilah Kurniawan sebagai Raya
- Ayu Dyah Pasha sebagai Fatimah
- Shan Ryan sebagai Yusuf
- Sonia Alyssa sebagai Amanda
- Imran Ismail sebagai Hadi
- Ivanka Suwandi sebagai Siti Aminah
- Rizky Fachrel sebagai Yudi
- Diva Ratu Alifia sebagai Dina
- Amel Carla sebagai Dewi

Sinopsis Siri Ipar Adalah Maut
Siri Ipar Adalah Maut mengisahkan tentang kehidupan rumah tangga yang pada zahirnya kelihatan bahagia dan sempurna, namun sebenarnya menyimpan rahsia gelap penuh luka dan pengkhianatan.
Aris dan Nisa merupakan pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga serta telah dikurniakan seorang anak perempuan. Sekilas, mereka tampak sebagai keluarga bahagia, dimana Aris seorang suami penyayang dan ayah bertanggungjawab, manakala Nisa pula isteri yang lembut serta penuh kasih sayang.
Namun, kebahagiaan itu mula retak apabila Rani, adik kandung Nisa, datang menumpang di rumah mereka bagi meneruskan pengajian di universiti. Niat murni untuk membantu adik sendiri akhirnya menjadi punca segala tragedi.
Sedikit demi sedikit, hubungan Aris dan Rani berubah menjadi sesuatu yang terlarang. Bermula dengan pandangan dan pertemuan kecil, hubungan mereka berkembang menjadi perselingkuhan yang menggoncang rumah tangga Aris dan Nisa serta memusnahkan kasih sayang antara dua beradik.
Apakah kesudahan kisah cinta terlarang ini? Adakah ia akan berakhir dengan penyesalan atau membawa kehancuran kepada semua yang terlibat?
Tonton Ipar Adalah Maut The Series Di Netflix
Ini mungkin menjadi sinetron pertama ditayangkan di Netflix. Jadi bagi anda yang ingin menonton siri Ipar Adalah Maut, anda boleh klik pada link dibawah :











