Jika anda sedang mencari tempat atau platform untuk kembangkan atau beranakkan duit, tapi taknak tanggung risiko yang besar, anda boleh cuba Money+ daripada ShopeePay. Sikit tapi berbaloi.
Money+ merupakan sebuah platform pelaburan dalam dana pasaran wang atau Money Market Fund. Erti kata lain, sebuah instrumen pasaran wang jangka pendek yang biasanya berisiko rendah.
BACA JUGA : Cara Daftar Shopee Affiliater Terkini
Nama dana yang tersebut ialah Eastspring Investments Islamic E-Duit Fund iaitu sebuah dana patuh syariah. Jadi tak perlu ragu-ragu untuk simpan di Money+ ini.
Mungkin sebelum ini anda pernah dari Go+ daripada Touch n’ Go eWallet. Ya, ianya instrumen yang sama. Risiko rendah dengan pulangan yang rendah. Paling penting, mungkin takkan rugi.
Jika anda melabur atau simpan dalam Money+ ini, anda akan mendapat pulangan harian. Selain daripada anda simpan duit dalam ShopeePay untuk berbelanja, dalam masa yang sama dapat juga pulangan setiap hari.
Pulangan Money+ ShopeePay Sehingga 5% Setahun
Jadi berapa untung kalau simpan duit dalam Money+ ShopeePay ini?
BACA JUGA : Dapatkan RM100 Jika Anda Daftar ShopeePay Kali Pertama
Berapa peratus boleh dapat pulangan?
Pulangan diberi setiap hari (Daily Return) seperti Go+ atau secara bulanan atau macam dividen ASB iaitu secara tahunan?
Untuk Money+ ini, secara asasnya, akan diberi pulangan sebanyak 3.7% p.a. Jika dilihat daripada nilai ini, ianya lebih tinggi daripada Go+ yang rata-rata memberikan 3.10% p.a sahaja.

Untuk waktu terhad, Shopee akan berikan tambahan pulangan iaitu sebanyak 2% untuk tempoh waktu kempen ini daripada 1 September hingga 30 November 2026.
Oleh itu, pulangan yang diberi adalah 3.7% + 2% = 5.7% p.a. Anda boleh yearly return lebih daripada 5%. Siapa nak bagi kan?

Namun begitu, tambahan 2% tersebut adalah terhad untuk simpanan RM10,000 sahaja. Jika anda letak lebih, anda hanya dapat 3.7% sahaja. Masih berbaloi la kan?
Jadi macam mana nak simpan dalam Money+ ini? Kena ada akaun Shopee atau ShopeePay ke?
Cara Simpan Duit Dalam Money+ ShopeePay
Untuk membolehkan anda simpan di Money+ ini, selain daripada kena ada akaun Shopee, anda kena juga buka akaun ShopeePay. Kemudian anda perlu download aplikasi ShopeePay secara berasingan.
Dah lepas download, anda perlu masukkan kod 7DA9FEMP9 dan barulah boleh mula simpan di Money+. Caranya :
- Pada halaman utama, klik pada ShopeePay
- Kemudian tekan butang Activate untuk Money+
- Seterusnya akan dipaparkan kelebihan ShopeePay eWallet dan Money+. Klik Start Now
- Klik Continue
- Mula daftar dengan masukkan butiran peribadi anda seperti maklumat pekerjaan, maklumat kewangan, tax dan sebagainya.
- Jika sudah lengkap, klik Submit

Permohonan anda akan diproses yang mana ambil masa paling lama adalah selama 2 minggu. Akan tetapi sebenarnya proses permohonan boleh jadi diluluskan serta merta sahaja.

Selesai.
Jadi jika sudah berjaya buka akaun Money+, anda kini boleh mula simpan duit didalamnya sekali gus melabur bagi dapatkan pulangan lebih daripada 5% setahun.
Pastikan anda topup sebelum pukul 2.00 petang untuk nikmati pulangan pada hari yang sama. Returns akan diberi setiap hari pada belah malam sekitar pukul 11.00 malam. Tapi hujung minggu tiada pulangan dibuat. Pulangan untuk waktu hujung minggu tersebut, akan diberi bersama pada hari Isnin berikutnya.
Jadi boleh dapat berapa sehari kalau simpan duit dalam ni? Berikut merupakan perkiraan mudah untuk pulangan harian untuk 5.72% :
- RM1,000 = 15 sen
- RM2,000 = 31 sen
- RM3,000 = 47 sen
- RM4,000 = 63 sen
- RM5,000 = 78 sen
- Rm6,000 = 94 sen
- RM7,000 = RM1.10
- RM8,000 = RM1.25
- RM9,000 = RM1.41
- RM10,000 = RM1.57
Ini untuk sehari. Kalau sebulan darabkan dengan 30 hari. Berbaloi tak nak simpan sini?
Untuk info lanjut berkaitan Money+ ShopeePay, anda boleh pergi https://shopeepay.com.my/money-plus











