Siaran Langsung (Live Streaming) Vietnam vs Malaysia Kelayakan Piala Asia 2027

By Mein Amorim

Updated On:

Follow Us
live vietnam vs malaysia

Aksi terakhir Kumpulan F bakal berlangsung diantara pertemuan Vietnam vs Malaysia iaitu dalam perlawanan penutup pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia yang dijadualkan di Nam Dinh pada Selasa ini.

Walaupun dua kemenangan sebelum ini tidak diambil kira dan peluang untuk mara ke pentas utama sudah tertutup, perlawanan tersebut masih membawa kepentingan besar untuk skuad Harimau Malaya.

Ia menjadi peluang untuk pasukan negara memulihkan reputasi bersama barisan pemain yang sah selain daripada mengutip mata bagi memperbaiki kedudukan dalam ranking FIFA.

Meskipun Vietnam sudah mengesahkan tempat ke Piala Asia 2027, perlawanan ini tetap mendapat perhatian tinggi daripada skuad tuan rumah.

Mereka pastinya bertekad untuk menebus kekalahan mereka dalam pertembungan terdahulu di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jun lepas.

vietnam vs malaysia

Siaran Langsung Vietnam vs Malaysia Dan Live Streaming

Jangan terlepas untuk saksikan aksi Vietnam bertemu Malaysia dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2027 yang akan berlangsung pada Selasa, 31 Mac 2026.

Perlawanan akan disiarkan pada jam 8.00 malam waktu Malaysia menerusi saluran Astro Arena 801 dan secara live streaming di Sooka.

Selain itu, peminat bola sepak tanah air juga turut boleh menonton menerusi saluran RTM di TV Okey serta secara online di https://rtmklik.rtm.gov.my/ atau di aplikasi secara percuma.

Keputusan Perlawanan

FT : Vietnam (3) – (1) Malaysia

  • Do Duy Manh 7′
  • Nguyen Xuan Son 51′ 59′
  • Endrick 77′ (P)

Masa : 8.00 Malam
Venue : Stadium Thien Truong, Nam Dinh
Tayangan TV : Astro Arena & TV Okey
Live Streaming : Sooka & RTM Klik

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now