Sepanyol Muncul Juara Piala Dunia 2026 Selepas Menumpaskan Juara Bertahan, Argentina

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
sepanyol juara piala dunia 2026

Sepanyol dinobatkan sebagai juara Piala Dunia FIFA 2026 selepas menewaskan juara bertahan, Argentina. Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan 1-0 dalam aksi final yang berlangsung pada 20 Julai di Stadium New York New Jersey.

Kejayaan itu menyaksikan skuad kendalian Luis de la Fuente meraih gelaran Piala Dunia kedua dalam sejarah negara tersebut, selepas kali pertama muncul juara pada edisi 2010 untuk edisi Afrika Selatan.

BACA JUGA : Jadual & Keputusan Penuh Piala Dunia FIFA 2026

Gol kemenangan La Roja hadir menerusi pemain gantian Ferran Torres, yang menyempurnakan hantaran Nico Williams pada minit ke-106 ketika masa tambahan.

Selepas ketinggalan, Argentina yang diketuai Lionel Messi berusaha mencari gol penyamaan. Namun begitu misi itu menjadi lebih sukar apabila mereka terpaksa mengharungi baki perlawanan dengan 10 pemain. Ini susulan Enzo Fernandez dilayangkan kad merah lebih awal iaitu pada minit ke-90+3.

Pada masa sama, Sepanyol mempamerkan corak permainan yang cukup berdisiplin dengan mengawal penguasaan bola bagi menyekat setiap usaha serangan lawan.

Statistik perlawanan menunjukkan Argentina hanya menguasai 32 peratus penguasaan bola sahaja. Bukan itu sahaja pasukan tersebut hanya berjaya mencatatkan tiga percubaan tanpa sebarang percubaan tepat ke arah gol (on target).

Keputusan 1-0 itu kekal sehingga pengadil meniup wisel penamat sekali gus mengesahkan Sepanyol sebagai juara baharu Piala Dunia FIFA 2026.

Sumber Gambar : FIFA

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now