Senarai Peserta Gegar Vaganza 2025 (GV12)

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
gegar vaganza 2025

Gegar Vaganza kembali lagi! Tahun 2025 menandakan musim ke-12 program nyanyian nombor satu negara.

Setiap kali muncul, Gegar Vaganza sentiasa mencuri perhatian peminat penonton. Tahun ini, GV12 tampil dengan tema yang cukup menarik iaitu “GV-Verse”. Konsep ini menonjolkan keunikan setiap peserta dalam dunia muzik mereka sendiri.

Sebanyak 13 peserta bersaing pada musim ini. Gabungan penyanyi solo dan kumpulan menjadikan pentas GV12 lebih meriah dan berwarna. Daripada jumlah itu, lapan peserta merupakan dari Malaysia, tiga dari Indonesia, dan seorang dari Singapura.

peserta gegar vaganza 2025

Gegar Vaganza 12 tetap mengekalkan juri hebat yang menjadi tunjang utama program ini. Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS kembali di kerusi juri tetap. Kombinasi tiga nama besar ini sudah cukup menjanjikan ulasan tajam dan profesional.

Jika sebelum ini, biasanya Nabil Ahmad akan bersama Jihan Muse. Tapi untuk GV12, Sherry Alhadad menjadi gandingan baru diatas pentas utama. Gaya selamba dan lawak spontan mereka pasti menceriakan setiap minggu siaran.

Gegar Vaganza 2025 akan berlangsung selama 12 minggu. Setiap minggu, persembahan peserta pastinya jadi bualan hangat di media sosial. Program ini disiarkan secara langsung bermula 2 November 2025, setiap Ahad jam 9.00 malam di Astro Ria saluran 104.

Bagi yang tidak sempat menonton di TV, jangan risau. Siaran langsung GV12 juga boleh distrim di Astro Go dan Sooka. Jadi, di mana pun anda berada, aura pentas GV tetap boleh dirasai.

Musim ke-12 ini dijangka paling epik dengan barisan peserta yang penuh kejutan. Nantikan siapa bakal menggenggam trofi juara Gegar Vaganza 2025!

Senarai 13 Peserta Gegar Vaganza 2025 – GV12

Berikut merupakan senarai penuh peserta atau bintang yang akan bersaing bagi merebut gelaran juara dalam program Gegar Vaganza 2025 (GV12).

1) Dato Elaine Kang

Elaine Kang

Dato Elaine Kang kini akan membuat come back dalam GV kali ini. Beliau pernah popular dengan lagu Maafkan Diriku

2) Freshies

Freshies

Satu-satunya peserta duo untuk GV12 kali ini. Menampilkan ahli kumpulan Ejie dan Shima yang mana pernah popular dengan lagu Harmoni Sejiwa.

3) Iskandar Ismail

Iskandar Ismail

Nama penuh beliau ialah Iskandar Ismail (EISS). Berasal dari Singapura. Lagu popular ialah Menanti Mu Disana

4) Korie

Korie

Nama sebenar beliau ialah Azahari Aminuddin. Peserta dari Malaysia yang pernah popular dengan lagu Mungkinkah Sayang.

5) Krisya

Krisya

Ratu Keluang Man iaitu Krisya atau nama sebenarnya Krisya Norsabrina Roslan merupakan peserta dari Malaysia. Terkenal dengan lagu Keluang Man.

6) Mark Adam

Mark Adam

Fikri Mark Adam Bin Abdullah (Mark Adam) yang berasal dari Filipina ini akan berentap mewakili Malaysia dalam Gegar Vaganza 12. Beliau terkenal dengan lagu Pencuri.

7) Mell Sakura

Mel Sakura

Nama penuh beliau ialah Melly Matius (Mell). Wakil dari Sabah, Malaysia. Terkenal dengan lagu Polaroid.

8) Mendua

Mendua

Mendua satu-satunya peserta trio untuk musim kali ini. Ahli terdiri daripada Hendra Punanto (Pungky), Marisha Friska Halauwet (Sasha) dan Diana Puspitasari (Diana). Berasal dari Jakarta, Indonesia. Lagu popular ialah Hampir Ke Situ

9) Nubhan

Nubhan

Bermula daripada program Akademi Fantasi dan kini Ahmad Nubhan Bin Ahamad atau terkenal dengan Nubhan akan berentap dalam GV12. Popular dengan lagu Sekali Lagi.

10) Rahmat Ekamatra

Rahmat Ekamatra

Penyanyi legend dari Kumpulan Ekamatra iaitu Rahmat (Engku Rahmat Bin Engku Ismail) akan bersaing dengan yang lain dalam GV12 kali ini. Beliau popular dengan lagu Hanya Segenggam Setia.

11) Ruri Repvlik

Ruri Repbvlik

Nama penuh beliau ialai Ruri Herdian Wantogia. Berasal dari Bogor, Indonesia. Lagu popular iaitu Sesakit Sakitnya.

12) Shae

Shae

Shae atau nama sebenar Sheryl Geting iaitu peserta dan bintang dari Riau Indonesia ini terkenal dengan lagu Sayang.

13) SHY8

SHY8

Terkenal dengan nama watak Usop Wilcha, Syed Mohamad Asri Syed Osman tampil sebagai peserta wild card ini Gegar Vaganza kali ini dengan menggunakan nama SHY8. Pernah popular dengan lagu Terasing Di Bumi Sendiri.

Daripada senarai ini, bintang manakah yang akan kembali bersinar? Peserta manakah yang akan bergelar juara untuk Gegar Vaganza 12? Kongsilah dengan kami jangkaan anda.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

1 thought on “Senarai Peserta Gegar Vaganza 2025 (GV12)”

Comments are closed.