Program Muzikal Lawak Superstar (MLS) ialah rancangan hiburan terbitan Astro bermula tahun 2019. Ia menampilkan pertandingan berkonsepkan komedi dan muzik dalam satu persembahan pentas.
Setiap musim menonjolkan keunikan tersendiri yang membuatkan penonton setia menantikan episod baharu. Gabungan bakat pelawak dan artis menjadikan rancangan ini penuh dengan gelak tawa dan kreativiti.
Muzikal Lawak Superstar bukan sekadar pertandingan lawak biasa. Ia menguji keupayaan peserta untuk menggabungkan unsur nyanyian, lakonan dan jenaka dalam satu persembahan.
Setiap kumpulan perlu menampilkan idea baharu yang segar dan menghiburkan. Kualiti persembahan serta kekuatan tema menjadi kunci utama kejayaan mereka di pentas termasuk mencuri perhatian juri.
Juri Muzikal Lawak Superstar
Program ini turut menampilkan barisan juri profesional yang berpengalaman dalam dunia hiburan. Antara nama-nama yang pernah duduk di kerusi juri seperti Dato’ Awie, Nora Danish, Fazura, Zul Ariffin, Zizan Razak, Altimet, Aznil Hj Nawawi, Saiful Apek dan ramai lagi.
Tugas mereka adalah memberikan penilaian berdasarkan kreativiti, vokal dan komedi setiap pasukan. Penonton juga memainkan peranan penting dalam menentukan pemenang setiap minggu. Gabungan undian dan markah juri menjadikan pertandingan ini lebih mendebarkan dan menarik.
MLS juga telah mengetengahkan ramai pengacara yang turut memeriahkan program ini setiap minggu. Antara yang pernah berada di pentas ialah Nabil Ahmad, Nabila Huda, Shanaaz Ahmad, Elly Mazlein dan Dato’ AC Mizal.
Daripada program ini juga, kita dapat lihat ramai penyanyi yang sebenarnya mampu untuk berada di atas pentas dan membuat lawak. Dengan itu juga, telah membuka peluang untuk mereka melangkah lebih jauh dalam industri seni tempatan
Salah satu keistimewaan Muzikal Lawak Superstar ialah kerjasama antara generasi lama dan baharu. Pelawak berpengalaman digandingkan bersama muka baharu yang segar dengan idea moden.
Gabungan tenaga ini menghasilkan persembahan yang unik dan tidak dijangka. Penonton dapat menikmati pelbagai gaya lawak yang mencerminkan kepelbagaian dunia hiburan Malaysia.
Setiap musim membawa cabaran dan tema berbeza untuk pasukan bertanding. Mereka perlu menyesuaikan idea dengan konsep mingguan yang diberikan.
Dari parodi muzik hingga persembahan bertema, semuanya memerlukan latihan rapi dan disiplin tinggi. Inilah yang menjadikan program terbitan Astro ini sukar diramal tetapi sangat menghiburkan.
Sejak 2019, Muzikal Lawak Superstar telah melahirkan ramai juara daripada pelbagai latar belakang seni. Setiap pemenang berjaya mencipta momen tersendiri yang diingati peminat.
Kemenangan mereka menjadi bukti bahawa bakat dan kerjasama mampu membawa kejayaan. Nama-nama ini terus menjadi inspirasi kepada pelawak muda di luar sana.
Muzikal Lawak Superstar bukan sekadar pertandingan, tetapi simbol kreativiti dan semangat seni. Setiap musim meninggalkan kenangan tersendiri yang terus dikenang dalam dunia hiburan tempatan.
Senarai Penuh Pemenang Muzikal Lawak Superstar Dari 2019 Hingga Sekarang
Muzikal Lawak Superstar telah bermula untuk musim pertama pada tahun 2019. Kemudian disambung musim 2 pada tahun 2020. Diikuti musim 3 (tahun 2022), musim 4 (2024) dan terbaru musim 5 (2025).
Sepanjang program ini berlangsung, hanya tahun 2021 dan 2023 sahaja tidak diadakan. Ini kerana pada tahun 2021, telah diadakan Gema Lawak Superstar (Spin-off) dan tahun 2023 diadakan Maharaja Lawak Mega.
Jadi jom kita tengok senarai pemenang dan juara Muzikal Lawak Superstar dari tahun 2019 hingga sekarang.
Musim 1 (2019)
- Juara : Jborn (Joey Daud, Khir Rahman, Vicha)
- Naib Juara : UNI
- Tempat Ke-3 : Newboh
Musim 2 (2020)
- Juara : Heart (Azmi Saat, Danial Zaini, Ezad Lazim)
- Naib Juara : UNI
- Tempat Ke-3 : Viral
Musim 3 (2022)
- Juara : Ubi (Fad Bocey, Sharif Zero, Namie Smy)
- Naib Juara : Cili
- Tempat Ke-3 : Bahroy
Musim 4 (2024)
- Juara : Sarkas Daniel, Shashic, Acap S)
- Naib Juara : Padie
- Tempat Ke-3 : Puteh
Musim 5 (2025)
~ akan diumumkan

















