SITC menjadi saksi apabila Anna Jobling telah dinobatkan sebagai pemenang bagi anugerah utama Anugerah Melodi Terhangat 2026. Sekali gus menjadi pemenang untuk edisi ke-2 kali ini.
Pada malam kemuncak AMT26, sebanyak 16 kategori yang dipertandingkan. Kesemua pemenang masing-masing membawa trofi kemengan sekali gus bergelar selebriti terhangat untuk kategori masing-masing.
BACA JUGA : Top 10 Calon Anugerah Melodi Terhangat 2026
Selain daripada acara penyampain trofi bagi pemenang Anugerah Melodi Terhangat, malam kemuncak tersebut juga dihiasi dengan persembahan pentas. Ada DOLLA, Misha Omar, Wany Hasrita, Ernie Zakri, Luqman Podolski & Bunga dan ramai lagi.
Kamal Adli dan Ain Edruce yang merupakan hos rancangan Melodi di TV3 turut memeriahkan malam anugerah apabila dipertanggungjawabkan sebagai hos bersama di pentas utama.
Malam kemuncak Anugerah Melodi Terhangat 2026 telah berlangsung secara langsung pada 18 Oktober 2026, hari Ahad dan disiarkan di TV3. Selain itu, penonton turut boleh live strim secara online di Tonton.
Senarai Pemenang Anugerah Melodi Terhangat 2026
Berikut merupakan senarai penuh pemenang bagi Anugerah Melodi Terhangat untuk tahun 2026 :
SELEBRITI IKON INSPIRASI TERHANGAT CUCKOO – Hael Husaini
FRESH RISING STAR TERHANGAAT DARLIE – Zaki Yamani
SELEBRITI MASKULIN TERHANGAT – Fattah Amin
SELEBRITI FEMININ TERHANGAT – Anna Jobling
SELEBRITI MUZIK TERHANGAT – Khai Bahar
SELEBRITI COUPLE GOALS TERHANGAT – Janna Nick & Dini Schatzman
SELEBRITI STAILO TERHANGAT – Meerqeen
SELEBRITI VIRAL TERHANGAT – Aisha Retno
TONTON ORIGINALS TERHANGAT – Neraka Yang Terhijab
DRAMA SANGAT TERHANGAT – Yes! Captain Zul Aaryan
LAGU TERHANGAT – Nurcinta (Amir Masdi)
DIREKTOR & FILEM TERHANGAT – Bobby Husaini (Libang Libu)
ANUGERAH MELODI TERHANGAT 2026 – Anna Jobling
Untuk 4 lagi anugerah seperti dibawah hanya akan diumumkan pada CUCKOOTOPIA: Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 pada Sabtu depan.
- KELUARGA SELEBRITI TERHANGAT
- SELEBRITI FIT TERHANGAT
- SELEBRITI CHEMISTRY TERHANGAT
- SELEBRITI MANDARIN TERHANGAT











