Senarai Mesin ATM Tanpa Caj Pengeluaran Di Jepun Menggunakan Kad Wise (Withdraw Money)

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
Senarai Mesin ATM Tanpa Caj Pengeluaran Di Jepun Menggunakan Kad Wise

Mungkin anda tengah plan nak pergi Jepun, satu benda penting yang ramai selalu overlook ialah cara nak keluarkan duit di mesin ATM tanpa caj mahal dan secara percuma terus.

Walaupun Jepun negara maju, realitinya penggunaan tunai masih sangat meluas, terutamanya di kedai kecil, restoran tempatan dan pastinya kawasan luar bandar atau di kampung-kampung.

BACA JUGA : Cara Daftar Wise Terkini Sesuai Untuk Kaki Travel

Ramai traveler Malaysia sekarang dah mula guna kad Wise sebab kadar tukaran lebih bagus dan fleksibel. Tapi persoalan utama tetap sama iaitu mesin ATM mana di Jepun yang boleh withdraw tanpa caj tambahan dan ke yang percuma?

Jawapannya, Ada!

Dalam artikel ini, akan dikongsikan senarai ATM di Jepun yang paling mesra pengguna Wise, termasuk yang tanpa caj pengeluaran atau caj paling rendah. Kalau nak jimat duit yen masa travel nanti, info ni memang penting.

Kenapa Penting Pilih ATM Yang Betul di Jepun?

Jepun masih guna tunai secara meluas. Walaupun kad makin diterima, banyak tempat di Jepun masih bergantung pada cash atau tunai. Contohnya:

  • Topup Suica Card di mesin
  • Kedai ramen kecil
  • Gerai street food
  • Kuil & tempat pelancongan tradisional
  • Kawasan luar bandar

Kalau tak standby cash, memang boleh “sangkut”. Selain itu, sebenarnya tak semua mesin ATM bank tempatan di Jepun yang terima kad antarabangsa. Ini bermakna jika anda sebagai pelancong, tak boleh guna kad anda tersebut untuk keluarkan duit atau cucuk duit.

Jadi, anda kena tahu ATM mana yang memang support Wise dan kad antarabangsa.

Caj Sebenar Kad Wise (Yang Ramai Tak Sedar)

kad wise

Sebelum nak tahu senarai mesin ATM, kita kena tahu dulu caj sebenar yang dikenakan daripada Wise. Ramai ingat bila ATM free, semua memang free. Sebenarnya ada dua jenis caj:

1. Caj dari Wise sendiri

Anda boleh keluarkan duit di mesin ATM tanpa dikenakan caj oleh Wise iaitu maksimum dengan nilai RM1,000 dan terhad untuk 2 kali pengeluaran sahaja setiap bulan.

Sekiranya sudah lebih had, anda akan dicaj RM5 setiap kali pengeluaran. Jika anda keluarkan lebih RM1,000 lagi, ada caj tambahan iaitu 1.75% daripada jumlah tersebut.

2. Caj Dari Mesin ATM Jepun

Seterusnya adalah caj daripada mesin ATM di Jepun itu sendiri. Caj ini adalah berbeza bagi setiap mesin ATM. Ada yang caj 110 Yen, 220 Yen dan sehingga 660 Yen setiap kali transaksi pengeluaran di buat. Tapi sebenarnya ada juga tanpa caj tambahan.

Jadi maksudnya kalau anda menggunakan kad Wise untuk withdrawal money di mesin ATM di Jepun, ada 2 caj yang mungkin dikenakan iaitu caj dari Wise dan caj dari mesin ATM.

Tapi jangan risau, sebenarnya ada mesin ATM di Jepun yang tidak mengenakan caj untuk anda keluarkan duit di mesin ATM mereka.

Senarai ATM Jepun Tanpa Caj (atau Minimum Caj)

Senarai ini sebenarnya sudah dikeluarkan oleh pihak Wise sendiri. Jadi ianya adalah senarai rasmi. Anda boleh cari lokasi mesin ATM ini yang terletak di seluruh Jepun.

Mesin ATMKadar Caj
AEON BankPercuma
Seven Bank110 – 220 Yen
Post Bank220 Yen
Lawson Bank660 Yen
MUFG Bank660 Yen

Jadi daripada senarai ini, sebenarnya anda boleh pergi ke mesin ATM AEON Bank yang biasanya anda akan jumpa di airport atau di AEON Mall yang menyediakan perkhidmatan pengeluaran wang tanpa caj tambahan.

Tapi daripada senarai diatas, pastinya 7-bank adalah mesin ATM yang anda boleh jumpa dimana-mana sahaja. Ada 7-eleven, pasti dalamnya ada 7-bank. Tapi ada caj pengeluaranlah iaitu 110 Yen untuk pengeluaran kurang 10,000 Yen dan 220 Yen untuk nilai lebih 10,001 Yen.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now