Mixue semakin menjadi sebutan di Malaysia, terutamanya dalam kalangan pencinta ais krim dan minuman manis yang mencari pilihan sedap dengan harga mesra poket.
Dari ais krim kon ikonik yang murah, hinggalah kepada milk tea, fruit tea dan minuman berasaskan kopi, jenama ini berjaya menarik perhatian ramai kerana menawarkan variasi menu yang ringkas tetapi memuaskan.
Tidak kira anda sebagai pelajar, datang dengan keluarga atau mereka yang sekadar mahu lepas dahaga, Mixue sering menjadi pilihan kerana harganya yang murah dan sesuai untuk semua golongan.
Namun, dengan semakin banyak cawangan dibuka di seluruh negara, ada yang tertanya-tanya apakah menu sebenar yang dijual di Mixue Malaysia dan berapa harga terkini untuk setiap pilihan
Ada juga yang mahu merancang bajet lebih awal sebelum beratur, terutamanya bila datang bersama kawan atau ahli keluarga. Sebab itulah senarai menu lengkap beserta harga sangat membantu, supaya pembelian boleh dibuat tanpa rasa waswas atau terlebih belanja.
Perkongsian ini bertujuan memberi gambaran jelas tentang pilihan ais krim, minuman teh, milk tea, fruit tea dan minuman istimewa yang ditawarkan oleh Mixue di Malaysia, termasuk anggaran harga semasa.
Dengan maklumat ini, orang ramai boleh memilih menu kegemaran mengikut cita rasa dan kemampuan, sambil menikmati keenakan Mixue tanpa perlu risau tentang bajet perbelanjaan.
Senarai Menu Bersama Harga Mixue Terkini
Berikut merupakan senarai semua menu yang dijual oleh Mixue bagi seluruh cawangan di Malaysia mengikut kategori beserta senarai harga yang ditawarkan.

Ice Cream Series
- MIXUE Ice Cream = RM2.00
- Pearl Brulee Sundah = RM5.00
- Kiwi Sundae = RM5.00
- Super Boba Sundae = RM5.00
- Super Mango Sundae = RM5.00
- Strawberry Crispy Sundae = RM5.00
- O-Crispy Sundae = RM5.00
- Peach Sundae = RM5.00
Fruit Tea Series
- Fresh Lemonade = RM3.00
- Kiwi Jasmine Tea = RM5.00
- Strawberry Peach = RM5.00
- Lemon Jasmine Tea = RM4.00
- Creamy Mango Boba = RM7.00
- Peach Black Tea = RM6.00
- Peach Jasmine Tea = RM6.00
- Lemon Black Tea = RM4.00
- Strawberry Bobo = RM5.00
Milk Tea Series
- Mango Brulee = RM5.50
- Brown Sugar Bubble Tea = RM5.50
- Strawberry Creamy Drink = RM4.50
- Kiwi Creamy Drink = RM4.50
- Coffee Hazelnut Milk Tea = RM5.50
- O-CoCo Milk Tea = RM6.00
- Super-Triple Milk Tea = RM7.00
- Brulee Milk Tea = RM5.00 (M) | RM6.50 (L)
- Toffee Lava Brulee = RM5.00
- Classical Milk Tea = RM5.00 (M) | RM6.50 (L)
Coffee Series
- Ice Cream Toffee Hazelnut Latte = RM5.50
- Ice Cream Mocha = RM5.50
- Ice Cream Latte = RM5.50
- Iced Latte = RM4.00
- Brown Sugar Latte = RM4.50
- Toffee Hazelnut Latte = RM4.50
Topping
Setiap menu bagi minuman Mixue ini, anda boleh tambah topping untuk bagi lebih keenakan dan kenikmatan. Pelbagai topping yang ditawarkan dengan hanya menambah RM1 sahaja, iaitu :
- Coockies, Pearl, Coconut Jelly, Brown Sugar Jelly, Yellow Peach Jelly, Cystal Jelly, Brulee dan Waffle Crumbs.
Diharapkan senarai menu dan harga Mixue ini dapat memudahkan anda membuat pilihan dan merancang perbelanjaan dengan lebih bijak.
Selain itu, anda kena tahu juga, Mixue juga kerap menawarkan promosi bulanan dan tawaran istimewa, menjadikan setiap kunjungan lebih berbaloi dan menjimatkan.
Sumber : notaria.my


















1 thought on “Senarai Menu Dan Harga Mixue Terkini Di Malaysia”
Comments are closed.