Dah Masuk Malaysia! Ini Senarai Harga Pixel 11 Untuk Semua Model

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
harga pixel 11 di malaysia

Peminat siri Pixel pastinya gembira dengan berita ini. Google baru sahaja mengumumkan secara rasmi harga Pixel 11 untuk semua modal bagi pasaran Malaysia. Sudah pastinya dalam Ringgit Malaysia, RM.

Google baru sahaja memperkenalkan generasi baharu bagi siri Pixel iaitu Google Pixel 11 menerusi acara Made By Google 2026 yang berlangsung pada 12 Ogos yang lalu. Nak tahu model apa yang diumumkan dan berapa harga smartphone baru ini?

Senarai Harga Pixel 11 Untuk Semua Model

Dalam sesi pengenalan kali ini, terdapat 3 jenis peranti yang diperkenalkan iaitu 3 Pixel terbaru, Pixel Fold dan Pixel Watch. Ini senarai peranti beserta harga mengikut kapasiti memori :

Google Pixel 11

  • 256GB = RM3,999
  • 512GB = RM4,599

Google Pixel 11 Pro

  • 256GB = RM4,999
  • 512GB = RM5,599
  • 1TB = RM6,799

Google Pixel 11 Pro XL

  • 256GB = RM5,999
  • 512GB = RM6,599
  • 1TB = RM7,799

Google Pixel 11 Pro Fold

  • 256GB = RM7,999
  • 512GB = RM8,599

Google Pixel Watch 5

  • 41mm = RM1,799
  • 45mm = RM1,999

Namun begitu, satu lagi peranti iaitu Pixel Tag hanya akan diumumkan ke pasaran Malaysia pada November depan.

Cara Pre-Order Google Pixel 11

Siri Pixel 11 kini sudah boleh dibuat pra-tempahan menerusi rangkaian peruncit dan syarikat telekomunikasi yang bekerjasama dengan Google. Proses pembelian seperti biasa serta pengambilan unit pra-tempahan pula akan bermula pada 20 Ogos.

Sepanjang tempoh pra-tempahan, kebanyakan rakan niaga Google menawarkan promosi naik taraf kapasiti storan. Menerusi tawaran ini, pembeli boleh mendapatkan model 512GB pada harga versi asas, manakala varian 1TB pula ditawarkan pada harga model 512GB.

Antara peruncit dan telco yang menyediakan siri Pixel 11 ialah CelcomDigi, Maxis, U Mobile, Urban Republic, Senheng, TMT dan Shopee (Pixel Store).

Menariknya, Pixel 11 versi asas kini hadir dengan kapasiti storan yang lebih besar berbanding generasi sebelumnya. Google menaikkan storan permulaan daripada 128GB kepada 256GB.

Dalam masa sama, harga permulaan yang ditetapkan Google Malaysia untuk barisan Pixel 11 juga dilihat masih hampir sama seperti harga permulaan siri Pixel 10 yang diperkenalkan tahun lalu.

Baik beli atau beli je?

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now