Anda Kena Cuba Ni. Resepi Ayam Geprek Disukai Ramai

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
resepi ayam geprek

Ayam Geprek adalah menu ayam goreng yang terkenal di Indonesia yang dibalut atau disatukan atau dicampurkan dengan sambal geprek yang pedas. Kalau di Indonesia, menu ini sangat terkenal dan originaliti adalah datang dari seberang.

Tetapi kini, menu Ayam Geprek ini semakin diterima dan mula terkenal di Malaysia. Di Malaysia sendiri sudah banyak kedai-kedai yang ketengahkan menu ini yang mana menggunakan konsep ayam goreng beserta sambal cili pedas.

Sekarang dah banyak di Malaysia, apa kata kita masak sendiri pula. Jangan risau berkaitan resepi. Ada individu yang berbesar hati berkongsi resepi ayam geprek yang simple sahaja tetapi bila cuba, pasti nak lagi.

Lebih 3.5K share di facebook, jom tengok perkongsian Nurul Hawa bagaimana resepi Ayam Geprek yang simple dan pastinya disukai ramai orang.

Resepi Ayam Geprek Disukai Ramai

Resepi yang dikongsikan ini nampak simple sahaja sebenarnya. Pasti anda juga mampu untuk masak dengan tatacara yang dikongsikan.

Oleh itu, jom kita tengok bahan-bahan dan cara masa ayam geprek dengan mudah dan boleh dimasak dirumah sahaja.

Bahan-Bahan

Perap Ayam

  • 4 bahagian whole leg ayam
  • 3 ulas bawang putih cincang
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil jus limau

Salut Ayam

  • Tepung Bestari
  • 2/3 biji telor

Sambal Geprek

  • 15-20 biji cilipadi merah
  • 3 ulas bawang mera
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato
  • Garam dan gula secukup nya

Cara Memasak

  1. Bersihkan ayam terlebih dahulu dan perap selama 15 minit di dalam suatu bekas
  2. Sementara itu, didalam bekas lain, masukkan tepung bestari
  3. Celupkan ayam dalam adunan telor, kemudian dalam adunan tepung dan gorenglah di dalam minyak yang banyak sampai masak dan crispy. Angkat dan tos kan ayam goreng tersebut
  4. Panaskan kuali untuk masak sambal pula
  5. Masukkan sedikit minyak dan goreng bahan sambal geprek (seperti bahan diatas) sehingga beraroma kemudian angkat. 
  6. Kemudian, tumbuk kasar cili tersebut, tambah garam dan sedikit gula dan curahkan diatas ayam goreng tadi.
  7. Ayam geprek sedia untuk di nikmati bersama ulaman kegemaran
  8. Anda boleh makan bersama nasi putih, sup kosong, tempe dan tauhu goreng.
resepi ayam geprek

Siap! Jadi sekarang anda boleh nikmati juada Ayam Geprek anda di rumah bersama keluarga. Ada yang dah cuba? Kongsilah dengan kami.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now