Rayuan FAM Ditolak, CAS Kekalkan Penggantungan 7 Pemain Warisan Selama Setahun

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
pemain warisan

Panel di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) telah memutuskan keputusan berhubung rayuan yang melibatkan tujuh pemain warisan pasukan kebangsaan. Keputusan tersebut mengekalkan hukuman penggantungan selama 12 bulan terhadap pemain yang terlibat.

Walau bagaimanapun, penggantungan itu hanya terpakai kepada perlawanan rasmi sahaja dan tidak melibatkan semua aktiviti berkaitan bola sepak.

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan, CAS memaklumkan bahawa rayuan bersama yang dikemukakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak diterima.

BACA JUGA : Kes FAM Dan Pemain Warisan Akan Didengar CAS Pada 26 Februari

Berikutan keputusan tersebut, hukuman yang dikenakan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) terhadap FAM masih berkuat kuasa, termasuk denda sebanyak CHF350,000 yang perlu dibayar oleh badan induk bola sepak negara itu.

Sumber : CAS

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now