Kes FAM dan Pemain Warisan Akan Didengar CAS Pada 26 Februari

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
pemain warisan harimau malaya

Mahkamah Timbang Tara Sukan atau Court of Arbitration for Sport (CAS) telah menetapkan tarikh rasmi bagi pendengaran kes melibatkan tindakan disiplin FIFA terhadap FAM bersama tujuh pemain warisan negara.

Menerusi satu kenyataan media, badan kehakiman sukan berkenaan memaklumkan bahawa sesi perbicaraan secara fizikal akan dijalankan pada 26 Februari 2026.

Pendengaran kes tersebut akan berlangsung di ibu pejabat Mahkamah Timbang Tara Sukan yang terletak di Lausanne, Switzerland.

Kes rayuan yang dikemukakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersama semua 7 pemain warisan terbabit terhadap FIFA telah digabungkan dan akan didengar serentak dalam satu prosiding.

BACA JUGA : Biodata 7 Pemain Warisan Baru Harimau Malaya

Sebelum ini, FIFA telah menjatuhkan hukuman penggantungan selama 12 bulan ke atas para pemain berkenaan daripada sebarang penglibatan dalam aktiviti bola sepak, bermula 25 September 2025.

Namun begitu, pada 26 Januari lalu, CAS membenarkan pelaksanaan langkah sementara dengan menangguhkan penguatkuasaan hukuman tersebut sehingga keputusan akhir dibuat.

BACA JUGA : CAS Tangguh Hukuman FIFA, Tujuh Pemain Harimau Malaya Boleh Terus Beraksi

Keputusan interim itu membolehkan semua pemain terlibat kembali beraksi bersama kelab masing-masing serta menyertai pasukan kebangsaan sementara menunggu penghakiman penuh.

Perbicaraan ini dilihat sebagai faktor penentu sama ada tindakan disiplin yang dikenakan akan dikekalkan, disemak semula atau dibatalkan sepenuhnya.

Setakat ini, FIFA masih mempertahankan pendirian asalnya. Manakala FAM terus menegaskan bahawa segala prosedur dokumentasi dan pendaftaran pemain telah dilaksanakan mengikut peraturan.

Keputusan akhir kes ini dijangka diketahui dalam tempoh beberapa minggu selepas prosiding perbicaraan selesai dijalankan.

Sumber : CAS

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now