Piala Dunia 2026: Senarai Penuh 48 Pasukan & Kumpulan Terkini

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
piala dunia fifa 2026

Saingan kelayakan bagi zon Eropah serta play-off antara benua yang berlangsung hari ini secara rasmi menutup tirai, sekali gus melengkapkan senarai penuh 48 pasukan yang akan berentap dalam Piala Dunia 2026.

Beberapa pasukan dari Eropah berjaya mengesahkan tempat pada saat akhir, termasuk Bosnia-Herzegovina, Turkiye, Sweden dan Republik Czech. Dalam masa yang sama, wakil dari benua lain seperti DR Congo dan Iraq turut memastikan slot mereka selepas mempamerkan aksi yang meyakinkan.

Tumpuan pastinya terarah kepada perlawanan Bosnia-Herzegovina menentang Itali. Piala Dunia 2026 ini menyaksikan Azzurri sekali lagi tidak berjaya layak ke kejohanan berprestij 4 tahun sekali buat kali ketiga berturut-turut.

Skuad Bosnia-Herzegovina berjaya mengikat Itali dalam tempoh waktu sebenar dengan keputusan 1-1 dan mengheret kepada penentuan sepakan penalti. Itali tumpas 1-4 dalam sepak tersebut.

Selain itu, DR Congo berjaya mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Jamaica menerusi jaringan tunggal Axel Tuanzebe. Iraq pula tidak ketinggalan apabila menewaskan Bolivia dengan keputusan 2-1 dalam satu perlawanan yang sengit.

Dengan kesemua pasukan sudah pun disahkan, pembahagian kumpulan kini lengkap sepenuhnya selepas enam pasukan terakhir mengisi slot yang masih kosong sebelum ini.

Senarai Lengkap 48 Pasukan & Kumpulan Piala Dunia 2026

Berikut ialah senarai penuh 48 pasukan yang akan menghuni setiap kumpulan bagi FIFA World Cup 2026 atau Piala Dunia 2026:

Kumpulan A – Mexico, Afrika Selatan, Korea Selatan & Republik Czech

Kumpulan B – Kanada, Bosnia-Herzegovina, Qatar & Switzerland

Kumpulan C – Brazil, Maghribi, Haiti & Scotland

Kumpulan D – Amerika Syarikat, Paraguay, Australia & Turkiye

Kumpulan E – Jerman, Curacao, Ivory Coast & Ecuador

Kumpulan F – Belanda, Jepun, Sweden & Tunisia

Kumpulan G – Belgium, Mesir, Iran & New Zealand

Kumpulan H – Sepanyol, Cape Verde, Arab Saudi & Uruguay

Kumpulan I – Perancis, Senegal, Iraq & Norway

Kumpulan J – Argentina, Algeria, Austria & Jordan

Kumpulan K – Portugal, DR Congo, Uzbekistan & Colombia

Kumpulan L – England, Croatia, Ghana & Panama

pasukan piala dunia fifa 2026

Sumber : FIFA.com

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now