Lokasi Pesta Pelita Raya Pahang 2026: Tempat, Tarikh & Info Penting

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
pesta pelita raya pahang 2026

Setiap kali menjelang Aidilfitri, satu perkara yang sering ditunggu oleh orang ramai di Pahang ialah Pesta Pelita Raya. Suasana kampung yang dihiasi dengan pelita, lampu warna-warni, dan dekorasi kreatif memang cukup memeriahkan malam raya.

Bagi orang ramai, acara ini bukan sekadar pertandingan pelita, tetapi juga satu tradisi yang menghidupkan kembali nostalgia raya zaman dahulu.

Untuk Pesta Pelita Raya Pahang 2026, sambutannya dijangka lebih meriah kerana semakin banyak komuniti kampung dan daerah mengambil bahagian. Bakal berlangsung dari 2 hingga 21 Mac 2026 di seluruh daerah di Pahang

event pesta pelita raya 2026

Orang ramai bukan sahaja datang untuk melihat pelita yang cantik, tetapi juga untuk menikmati suasana malam raya bersama keluarga dan rakan-rakan.

Jika anda sedang mencari lokasi Pesta Pelita Raya Pahang 2026, artikel ini akan membantu anda mengetahui tempat, tarikh, serta beberapa perkara menarik yang boleh dijangka sepanjang berlangsungnya acara tersebut.

Apa Itu Pesta Pelita Raya?

Pesta Pelita Raya merupakan satu acara tradisi yang sering dianjurkan di kampung-kampung atau kawasan komuniti sempena sambutan Aidilfitri.

Aktiviti ini biasanya melibatkan pemasangan pelita dalam pelbagai bentuk kreatif seperti rumah, masjid, kapal, atau corak tertentu.

Pelita yang digunakan pula bukan sekadar pelita minyak biasa. Ada yang menggunakan:

  • Pelita buluh
  • Pelita tanah liat
  • Lampu LED yang disusun seperti pelita
  • Gabungan pelita dengan lampu hiasan moden

Tujuan utama pesta ini adalah untuk menghidupkan tradisi malam raya, di samping mengeratkan hubungan masyarakat setempat.

Selain itu, pertandingan pelita juga sering dianjurkan bagi memilih dekorasi paling kreatif dan menarik.

Lokasi Pesta Pelita Raya Pahang Tahun 2026

Berikut merupakan senarai lokasi atau tapak pesta bagi tahun 2026 di peringkat negeri Pahang untuk kategori Daerah dan Homestay:

lokasi pesta pelita raya pahang 2026

Jadi daripada senarai lokasi ini, orang Temerloh contohnya boleh datang ke Taman Kenangan, di Kuantan diadakan di Perkarangan Menara Jam, di Pekan berlangsung di Laman Pekan Lama dan seterusnya.

Untuk ketahui jadual penjurian pula, anda boleh rujuk seperti dibawah :

jadual penjurian pesta pelita raya pahang 2026

Orang Pahang kabo, “Kalau nok rasa raya sebenar, mari lah beraya ke Pahang. Baru ado feel dia!”

Sumber : Tourism Pahang

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now