Berita baik untuk rakyat Malaysia dimana permohonan baharu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 kini dibuka kepada rakyat Malaysia mulai 15 Oktober 2026 dan ianya dibuka sepanjang tahun.
Bagi yang layak, anda boleh buat permohonan secara online atau melalui portal rasmi STR LHDN di https://bantuantunai.hasil.gov.my/. Kemudian pada halaman utama, klik Permohonan Baharu.

Permohonana STR 2027 Dibuka Kepada Yang Belum Pernah Mendaftar
Menurut makluman Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), permohonan baharu ini dikhususkan kepada individu yang belum pernah mendaftar dalam sistem STR.
Pada masa yang sama juga, penerima sedia ada STR yang mengalami perubahan maklumat perlu mengemas kini butiran masing-masing bagi memastikan rekod mereka kekal tepat.
Antara maklumat yang perlu dikemas kini termasuk status perkahwinan, jumlah pendapatan isi rumah, bilangan tanggungan dan nombor akaun bank sekiranya berlaku sebarang perubahan.
Selain itu, penerima yang tidak membuat kemas kini maklumat selama tiga tahun berturut-turut diwajibkan untuk mengemas kini rekod mereka.
Langkah ini penting bagi mengelakkan sebarang masalah atau kelewatan dalam proses penyaluran bantuan pada masa akan datang.

Tarikh ini adalah melibatkan permohonan STR 2027 secara online. Bagi permohonan secara manual yang perlu dihantar ke Pejabat HASIL telah dibuka sejak 1 Oktober yang lalu.












