Menara Merdeka Maybank Merupakan Nama Baru Menara Merdeka 118

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
menara merdeka maybank

Malayan Banking Bhd (Maybank) mengumumkan bahawa Menara Merdeka 118 kini secara rasmi menggunakan nama baharu, iaitu Menara Merdeka Maybank.

Penjenamaan semula ini dibuat susulan perpindahan Maybank Group ke bangunan ikonik tersebut yang kini menjadi ibu pejabat utama syarikat.

Berikutan perubahan itu, alamat berdaftar baharu terkini untuk ibu pejabat Maybank adalah di Tingkat 70, Menara Merdeka Maybank, Presint Merdeka 118, 50118 Kuala Lumpur.

menara merdeka maybank malaysia

Pada masa yang sama, bangunan yang sebelum ini menjadi ibu pejabat Maybank di Jalan Tun Perak turut melalui proses penjenamaan semula. Bangunan yang dahulunya dikenali sebagai Menara Maybank kini menggunakan nama baharu, iaitu Menara Tun Perak.

Penukaran nama bagi kedua-dua bangunan berkenaan mula berkuat kuasa secara rasmi pada 28 Julai 2026.

Pada masa yang sama, Maybank memaklumkan bahawa Cawangan Utama Kuala Lumpur akan terus beroperasi di Menara Tun Perak sehingga satu pengumuman baharu dibuat.

Pihak bank turut menegaskan bahawa pelanggan yang mempunyai akaun di cawangan berkenaan tidak akan terjejas dengan perubahan tersebut. Semua urusan dan perkhidmatan perbankan akan diteruskan seperti biasa tanpa sebarang gangguan.

Sumber : Maybank

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now