Malaysia Masih Mampu Bertahan 1–2 Bulan Berikutan Gangguan di Selat Hormuz – Anwar Ibrahim

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
anwar ibrahim dengan selat hormuz

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa kerajaan sedang memberi perhatian serius terhadap gangguan laluan perkapalan di Selat Hormuz yang ketika ini dilihat berpotensi menjejaskan rantaian bekalan tenaga serta perdagangan antarabangsa.

Beliau menjelaskan bahawa laporan semasa menunjukkan lebih 200 buah kapal yang membawa muatan penting kini terperangkap di kawasan tersebut, seperti yang dilaporkan oleh Buletin TV3.

Situasi itu bukan sahaja memberi kesan kepada operasi logistik maritim, malah boleh mencetuskan impak berantai terhadap aktiviti ekonomi global sekiranya berlarutan.

Dalam masa yang sama, Anwar turut menyentuh kemungkinan kesannya terhadap ekonomi dalam negara. Beliau memberi jaminan bahawa kerajaan akan mengambil pendekatan proaktif bagi memastikan rakyat tidak terlalu tertekan dengan peningkatan kos sara hidup akibat inflasi.

Menurutnya, setakat ini kerajaan masih berusaha menstabilkan keadaan, termasuk mengekalkan harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 di bawah inisiatif BUDI95.

BACA JUGA : Cara Guna Setel Untuk Isi Minyak Di Petronas Menggunakan BUDI95

Beliau turut menjelaskan bahawa keadaan semasa masih terkawal, namun kerajaan akan terus memantau perkembangan situasi tersebut kerana negara dijangka mampu bertahan dalam tempoh antara satu hingga dua bulan sekiranya gangguan itu berterusan.

Anwar berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Musolla IOI City Mall baru-baru ini.

Sumber : Buletin TV3

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now