Maksud Setiap Warna Tayar F1 Yang Digunakan Sepanjang Perlumbaan

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
maksud 5 warna tayar f1

Sekembalinya F1 ke Malaysia dan berlumba di Litar Sepang Antarabangsa (LSA), antara yang menjadi tanda tanya ketika itu adalah warna tayar F1 yang digunakan. Adakah ada maksud bagi setiap warna tersebut?

Selepas 9 tahun, sukan permotoran, Formula 1 kini kembali ke Malaysia. Akan tetapi bukanlah menerusi Malaysian Grand Prix (GP) tetapi Bahrain GP. Ini kerana negara tersebut kini terkesan dengan isu timur tengah.

BACA JUGA : F1 Kembali Ke Sepang, Grand Prix Bahrain Diadakan Di Malaysia

Jadi disebabkan itu, Bahrain telah memilih Malaysia sebagai tuan rumah untuk meneruskan Bahrain GP dan ini sekali gus memberikan peluang untuk rakyat Malaysia kembali ke Sepang untuk menonton F1.

f1 kembali di sepang 2026

Disebabkan kerancakan inilah timbul satu persoalan apabila ada yang menayangkan 5 warna tayar F1 yang digunakan. Setiap warna pasti ada maksud dan jenis tayar yang digunakan. Apa maksudnya?

Rahsia Dan Maksud 5 Tayar F1 Yang Digunakan

Jom kita tengok rahsia dan maksud tayar F1 bagi setiap warna yang digunakan :

Putih

Tayar putih merupakan tayar hard dan menjadi pilihan dengan tahap kekerasan paling tinggi berbanding dua jenis tayar kering lain yang disediakan untuk perlumbaan.

Ketahanannya yang lebih baik membolehkan tayar ini digunakan untuk tempoh lebih lama dan melalui lebih banyak pusingan sebelum perlu digantikan. Namun begitu, tahap cengkaman tayar putih biasanya tidak setinggi tayar dengan kompon yang lebih lembut.

Kuning

Warna kuning digunakan untuk menandakan tayar medium. Jenis tayar ini berada di tengah-tengah dari segi tahap kelembutan, sekali gus memberikan gabungan yang seimbang antara daya cengkaman dan jangka hayat.

Kompon ini menjadi pilihan apabila pasukan memerlukan cengkaman yang baik untuk mendapatkan prestasi yang konsisten. Bukan itu sahaja, tayar ini juga boleh digunakan dalam lebih banyak pusingan berbanding tayar soft.

Merah

Tayar berwarna merah merujuk kepada soft, iaitu jenis tayar paling lembut yang tersedia sepanjang hujung minggu perlumbaan berkenaan.

Kelebihan utama tayar ini terletak pada tahap cengkamannya yang lebih tinggi, terutama ketika pemandu perlu mendapatkan catatan masa terpantas dalam sesi kelayakan. Walau bagaimanapun, jangka hayatnya lebih pendek kerana prestasi tayar ini cenderung menurun dengan lebih pantas berbanding kompon yang lebih keras.

Hijau

Apabila permukaan litar mula menerima hujan dan menjadi basah atau lembap, tayar berwarna hijau atau intermediate biasanya menjadi pilihan yang sesuai untuk digunakan.

Tayar ini direka dengan corak alur pada permukaannya bagi membantu mengalirkan air, berbeza daripada tayar kering yang mempunyai permukaan licin. Penggunaannya lebih sesuai dalam keadaan hujan ringan atau ketika litar masih basah. Akan tetapi jumlah air yang berada di atas permukaan litar pastikan tidak terlalu banyak.

Biru

Tayar full wet yang menggunakan tanda warna biru direka khusus untuk menghadapi keadaan litar dengan hujan yang lebih deras serta jumlah air yang lebih banyak.

Rekaan alur pada permukaan tayar membantu mengalihkan air dari kawasan sentuhan tayar dengan litar. Ciri ini penting untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya aquaplaning, iaitu situasi apabila air membentuk lapisan di antara tayar dan permukaan litar sehingga menyebabkan cengkaman serta sentuhan tayar dengan litar berkurangan.

Sekarang anda dah kenali maksud dan penggunaan setiap warna tayar F1 yang digunakan. Jenis tayar berbeza digunakan bagi setiap keadaan jalan sepanjang perlumbaan.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now