Senarai Terkini Lokasi Pasar Malam Alor Setar Dan Pasar Pagi (Sehari)

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
pasar malam alor setar

Pasar malam memang cukup sinonim dengan rakyat Malaysia. Dari makanan panas yang baru dimasak sehinggalah barangan rumah dan pakaian murah, semuanya boleh ditemui di satu tempat.

Bagi penduduk Kedah khususnya sekitar Alor Setar dan dalam daerah Kota Setar, pasar malam menjadi antara lokasi wajib singgah pada waktu petang dan malam.

BACA JUGA : Lokasi Tapak Pasar Malam Ipoh, Perak

Ramai juga pelancong luar yang mencari senarai lokasi pasar malam di Alor Setar kerana mahu merasai suasana tempatan sambil mencuba pelbagai makanan popular negeri Kedah.

Tidak kiralah anda datang untuk bercuti atau menetap di sini, mengetahui jadual dan lokasi pasar malam memang sangat membantu.

Alor Setar mempunyai banyak tapak pasar malam yang aktif setiap minggu. Setiap lokasi pula mempunyai tarikan tersendiri.

Ada yang terkenal dengan makanan tradisional, ada juga yang popular dengan harga murah dan suasana meriah.

Lokasi Pasar Malam Popular Di Alor Setar

Berikut antara lokasi pasar malam yang sering menjadi tumpuan penduduk sekitar Alor Setar dan kawasan berhampiran mengikut hari beroperasi

Isnin

  • Pasar Malam Taman Aman, Anak Bukit
  • Pasar Malam Seberang Jalan Putra
  • Pasar Malam Mergong, Belakang Sime Tyre,
  • Pasar Malam Simpang Kuala

Selasa

  • Pasar Malam Simpang Kuala
  • Pasar Malam Pacific
  • Tandop
  • Pasar Malam Taman Kota Nelayan

Rabu

  • Pasar Malam Simpang Kuala
  • Pasar Malam Pacific
  • Pasar Malam Langgar
  • Pasar Malam Kuala Sala
  • Pasar Malam Alor Janggus

Khamis

  • Pasar Malam Simpang Kuala
  • Pasar Malam Mergong Jaya, Fasa 1
  • Pasar Malam Radin, Mergong Jaya,
  • Pasar Malam Kuala Kedah

Jumaat

  • Pasar Malam Simpang Kuala
  • Pasar Malam Taman Nuri
  • Pasar Malam Pantai Johor, Alor Setar
  • Pasar Malam Kuala Sungai
  • Pasar Malam Taman Bersatu, Kuala Kedah

Sabtu

  • Pasar Malam Simpang Kuala
  • Pasar Malam Gunung Keriang
  • Uptown Stadium Darul Aman
  • Pasar Malam Kota Sarang Semut
  • Pasar Malam Seberang Jalan Putra

Ahad

  • Pasar Malam Simpang Kuala
  • Pasar Malam Seberang Jalan Putra
  • Pasar Malam Peremba (berhadapan pasar billion)
  • Pasar Malam Simpang Empat Kuar
  • Pasar Malam Pekan Simpang Empat
  • Pasar Malam Gelong Air

Lokasi Pasar Pagi (Pasar Sehari) Di Alor Setar

Beroperasi bermula dari pukul 7.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di beberapa lokasi Pasar Pagi yang telah ditetapkan

  • Tajar Pekan Sehari Tajar – Ahad
  • Kota Pekan Sehari Kota Sarang Semut – Selasa
  • Langgar Pasar Sehari Langgar – Isnin
  • Kubang Rotan Pasar Tani Kubang Rotan – Setiap Hari
  • Kuar Pekan Sehari Simpang Empat Kuar – Ahad
  • Kuala Kedah Pasar Tani Jalan Kuala Kedah – Isnin
  • Taman Seri Putra Pasar Tani Tama Seri Putra, Kuala Kedah – Selasa
  • Simpang Empat Pekan Sehari Pekan Simpang Empat – Khamis
  • Gunung Pekan Sehari Gunung Keriang – Sabtu
  • Bukit Pinang Pasar Sehari Bukit Pinang, Jalan Pinang Jaya – Rabu
  • Anak Bukit Pekan Sehari Anak Bukit – Ahad
  • Mergong Pasar Tani Taman Wira Mergong – Ahad, Rabu, Jumaat

Sumber : pdt.kedah.gov.my

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now