Kopi Saigon Nak Belanja Kopi Harga RM5 Je Hari Ini

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
tawaran kopi saigon rm5

Demi menyahut seruan support lokal dan #MakaKami, Kopi Saigon akan menawarkan minuman kopi terpilih dengan harga RM5.00 sahaja. Jadi orang ramai boleh serbu sekarang untuk nikmati tawaran ni.

Kopi Saigon antara jenama kopi lokal yang membawakan kenikmatan aroma kopi vietnam terus ke Malaysia. Jadi bagi anda yang meminati rasa unik kopi vietnam, anda boleh terus dapatkan di mana-mana cawangan Kopi Saigon.

kopi saigon belanja

Kopi Saigon Tawarkan Harga RM5.00 Untuk Kopi Terpilih

Berita baik bagi anda yang mungkin kali pertama ingin mencuba kopi vietnam atau ingin dapatkan air kopi dengan harga ‘jackpot’, Kopi Saigon ada tawaran untuk anda. Ianya terhad, jadi kena datang cepat.

Pada 15 Oktober 2026 (Khamis), anda boleh nikmati 5 pilihan minuman terpilih di Kopi Saigon dengan harga RM5.00 sahaja secawan. Tawaran ini bermula pada pukul 12.00 tengah hari di semua outlet Kopi Saigon di seluruh Malaysia.

Minuman pilihan tersebut adalah :

  • Kopi Saigon
  • Peach Tea
  • Matcha Original
  • Creamt Taro
  • Chocolate Original

Namun begitu, tawaran ini adalah terhad untuk 50 cawan saiz regular sahaja. Kalau kuota dah habis nanti, harga kembali seperti biasa. Cara untuk tebus adalah seperti berikut :

  1. Follow akaun rasmi TikTok Kopi Saigon dan Instagram Kopi Saigon. Pastikan akaun anda dalam keadaan public
  2. Kemudian tunjukkan bukti “Follow” kedua-dua platform tersebut kepada barista sebelum membuat pesanan
  3. Pilih minuman yang terpilih
  4. Akhir sekali, buat bayaran seperti biasa

Jadi apa tunggu lagi. Datang segera dan dapatkan tawaran harga istimewa ini. Ingat! Tiada hari tanpa kopi dan sudah tentu MAKA KAMI.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now