Kelebihan Doa Sebelum Berbuka Puasa

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
doa sebelum berbuka puasa

Masih ramai yang tidak menyedari bahawa waktu sebelum berbuka puasa merupakan antara waktu yang sangat mustajab untuk berdoa.

Pada saat ini, doa yang dipanjatkan mempunyai peluang besar untuk dimakbulkan oleh Allah SWT. Jika seseorang mengambil kesempatan berdoa sebelum berbuka, insya-Allah doanya tidak akan dipandang sepi oleh-Nya.

Namun begitu, peluang yang sangat berharga ini sering terlepas begitu sahaja. Ketika hampir waktu berbuka, ada yang masih asyik menonton televisyen, berjalan-jalan di bazar Ramadan atau sibuk bermain telefon bimbit di meja makan.

Walaupun ramai yang terlepas pandang sebelum ini, masih belum terlambat untuk mula mengamalkannya. Semoga pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, setiap doa yang dipanjatkan akan diterima dan dimakbulkan oleh Allah SWT.

berbuka puasa

Kelebihan Doa Sebelum Berbuka Puasa

Terdapat satu waktu yang sangat istimewa dan termasuk antara waktu mustajab untuk berdoa ketika bulan Ramadan, iaitu saat hampir masuk waktu berbuka puasa.

Nabi SAW: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak.” (HR Ibnu Majah)

Namun begitu, masih ramai umat Islam yang tidak menyedari kelebihan waktu tersebut. Ada juga yang sebenarnya mengetahui perkara ini tetapi tidak mengambil peluang untuk memanfaatkannya dengan sebaik mungkin.

Di kota suci Makkah dan Madinah, suasana menjelang waktu Maghrib sangat berbeza. Sekitar satu jam sebelum azan berkumandang, ramai jemaah sudah menadah tangan dan memanjatkan doa dengan penuh khusyuk.

Mereka memohon pelbagai hajat kepada Allah SWT, sama ada urusan dunia mahupun akhirat. Doa yang dipanjatkan dilakukan dengan penuh pengharapan sehingga ada yang mengalirkan air mata kerana begitu mengharapkan rahmat dan pertolongan daripada-Nya.

Sebaliknya, antara kesilapan yang sering berlaku dalam kalangan umat Islam ialah terlalu sibuk dengan persiapan berbuka puasa ketika waktu yang sangat mustajab ini.

Ramai yang memberi tumpuan kepada penyediaan makanan, mengatur hidangan atau berkumpul di meja makan sehingga terlepas peluang untuk berdoa.

Ketika sedang menyiapkan juadah berbuka, sebaiknya luangkan sedikit masa sebelum masuk waktu Maghrib. Ambil sekitar tiga hingga lima minit untuk menadah tangan dan memohon doa kepada Allah SWT agar segala hajat dan keinginan dipermudahkan oleh-Nya.

Kita boleh membiasakan diri membaca doa yang ringkas ini setiap kali tiba waktu berbuka puasa sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT.

Walaupun pendek, doa ini membawa makna yang mendalam serta mengingatkan kita bahawa segala nikmat yang dinikmati ketika berbuka adalah kurniaan daripada-Nya.

Anda boleh mohon doa seperti :

  • Ampung dosa
  • Dipanjangkan umur
  • Bertambah iman
  • Sihat tubuh badan
  • Murah rezeki
  • Jauh azab kubur
  • Peroleh rahmat Allah
  • Masuk ke dalam syurga dan pelbagai lagi

Jadi jom kita luangkan sebentar untuk amalkan doa sebelum berbuka puasa nanti.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

1 thought on “Kelebihan Doa Sebelum Berbuka Puasa”

Comments are closed.