Ramai orang sebenarnya tidak sedar bahawa tubuh kita memerlukan magnesium setiap hari untuk berfungsi dengan baik.
Mineral ini mungkin tidak sepopular kalsium atau zat besi, tetapi peranannya dalam badan sangat besar. Malah, ramai pakar pemakanan menyatakan bahawa kekurangan magnesium boleh menjejaskan pelbagai sistem dalam tubuh manusia.
Suplemen magnesium kini semakin mendapat perhatian kerana ramai individu mengalami kekurangan mineral ini tanpa mereka sedari. Gaya hidup moden, pemakanan yang kurang seimbang, serta tekanan harian boleh menyebabkan paras magnesium dalam badan menjadi rendah.
Sebab itu, semakin ramai yang mula mengambil suplemen magnesium untuk menyokong kesihatan tubuh. Namun sebelum mengambilnya, elok juga kita faham dahulu apakah sebenarnya manfaat dan kebaikan magnesium kepada badan kita.
Apa Itu Magnesium?
Magnesium atau Magnesium glycinate ialah sejenis suplemen yang terhasil daripada gabungan mineral magnesium bersama satu asid amino yang dipanggil glisin.
Kombinasi kedua-dua komponen ini menjadikan magnesium lebih mudah diserap oleh tubuh berbanding beberapa bentuk magnesium yang lain.
Menurut perkongsian daripada VeryWellFit, magnesium memainkan peranan penting dalam pelbagai fungsi tubuh.
Mineral ini bukan sahaja membantu meningkatkan kualiti tidur dan menyokong fungsi memori, malah turut menyumbang kepada kawalan tekanan darah yang lebih stabil serta membantu mengawal paras gula dalam darah.
Dalam masa yang sama, WebMD turut menjelaskan bahawa magnesium merupakan mineral yang sangat penting untuk memastikan tubuh berfungsi dengan baik. Ia diperlukan bagi menyokong fungsi normal sel, saraf, otot, tulang serta memastikan jantung dapat berfungsi dengan sempurna.
Kebaikkan Dan Kelebihan Ambil Suplimen Magnesium
Magnesium glycinate diketahui mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan tubuh. Antara kebaikan yang sering dikaitkan dengan suplemen ini termasuk membantu mengurangkan rasa gelisah atau keresahan, selain menyokong kesihatan tulang agar kekal kuat.
Selain itu, magnesium glycinate juga boleh membantu mengawal paras gula dalam darah, terutamanya bagi individu yang menghidap diabetes. Dalam masa yang sama, ia berpotensi mengurangkan risiko seseorang mendapat diabetes jenis 2 jika diambil dengan cara yang betul.
Suplemen ini juga berperanan membantu mengekalkan irama degupan jantung yang normal serta melegakan gejala sindrom prahaid (PMS) yang sering dialami oleh wanita. Bagi mereka yang aktif bersenam, magnesium glycinate turut membantu meningkatkan prestasi fizikal semasa melakukan aktiviti senaman.
Di samping itu, pengambilannya juga dipercayai boleh membantu mengurangkan rasa sakit atau ketidakselesaan pada tubuh.
Cara Ambil Suplimen Magnesium Saranan Doktor
Biasanya doktor atau ahli farmasi akan mencadangkan pengambilan suplemen ini kepada individu yang mengalami tahap penyerapan magnesium yang rendah dalam tubuh.
Magnesium glycinate boleh didapati dengan mudah di pasaran dan lazimnya hadir dalam bentuk pil ataupun serbuk.
Seperti kebanyakan suplemen lain, pengambilannya lebih digalakkan bersama makanan. Cara ini boleh membantu mengurangkan kemungkinan berlakunya ketidakselesaan pada perut seperti sakit atau pedih.
BACA JUGA : Manfaat Dan Khasiat Susu Kambing Untuk Kesihatan
Sekiranya anda sedang mengambil sebarang ubat preskripsi atau rawatan perubatan tertentu, sebaiknya berbincang dahulu dengan doktor atau ahli farmasi sebelum mengambil suplemen ini.
Mereka boleh memberikan nasihat berkaitan kemungkinan interaksi antara ubat yang sedang diambil dengan suplemen magnesium.
Adakah magnesium glycinate selamat diambil setiap hari? Secara umumnya, suplemen ini boleh diambil setiap hari selagi dos yang diambil mengikut saranan dan garis panduan yang ditetapkan oleh pakar kesihatan.
Walau bagaimanapun, adalah lebih baik mendapatkan nasihat daripada profesional perubatan terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang suplemen bagi mengelakkan kesan sampingan yang tidak diingini.











