Kalendar Akademik 2027 Diumumkan, Sesi Sekolah Bermula Serentak 4 Januari

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
kalendar akademik 2027

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan tarikh bagi Kalendar Akademik Tahun 2027 untuk Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan di seluruh negara.

Bagi sekolah dalam negeri Kumpulan A, sesi persekolahan akan berlangsung dari 4 Januari 2027 hingga 2 Disember 2027. Sementara itu, sekolah yang berada dalam Kumpulan B akan memulakan sesi pada 4 Januari 2027 dan berakhir pada 3 Disember 2027.

  • Kumpulan A : 4 Januari – 2 Disember 2027
  • Kumpulan B : 4 Januari – 3 Disember 2027

Kumpulan A merangkumi tiga negeri, iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu. Kumpulan B pula terdiri daripada Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Jadual Cuti Perayaan

Selain tarikh persekolahan, KPM turut menyusun jadual cuti perayaan bagi sesi akademik 2027. Antara perayaan yang terlibat termasuk Hari Raya Puasa, Tahun Baharu Cina, Hari Deepavali, Hari Raya Korban, Hari Krismas dan sebagainya.

Dalam masa yang sama, tarikh awal bagi pembukaan sesi persekolahan tahun 2028 turut ditetapkan oleh KPM. Kedua-dua Kumpulan A dan Kumpulan B akan memulakan sesi baharu pada 3 Januari 2028.

Penetapan lebih awal ini membantu pihak sekolah membuat persediaan dari segi aktiviti pembelajaran serta urusan pengurusan sekolah. Ini bertujuan bagi membolehkan pembukaan sesi persekolahan di seluruh negara dapat dilaksanakan dengan lebih teratur.

Anda boleh dapatkan Takwim atau Kalendar Akademik Tahun 2027 DISINI untuk dijadikan rujukan.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now