IKEA Kuching Akan Dibuka Pada Disember Ini

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
ikea kuching

IKEA Malaysia mengumumkan dimana IKEA Kuching dijangka akan beroperasi bermula Disember 2026. Ini sekali gus memperluaskan lagi kehadiran jenama tersebut di Malaysia Timur dan membawa pengalaman IKEA lebih dekat kepada penduduk Sarawak.

Menariknya, IKEA Kuching bakal menjadi gedung IKEA pertama di Sarawak serta gedung pertama IKEA Malaysia yang menggunakan konsep bersaiz lebih kecil.

Walaupun lebih kompak berbanding 4 gedung IKEA yang telah beroperasi di Malaysia, pelanggan tetap boleh menikmati pelbagai idea, inspirasi dan penyelesaian untuk keperluan kediaman.

Cawangan baharu ini menawarkan ruang untuk pelanggan meneroka pilihan produk IKEA dengan lebih dekat. Sama ada ingin melakukan perubahan kecil pada rumah, menyusun semula sesuatu ruang atau melengkapkan keseluruhan kediaman, pelbagai penyelesaian yang bersesuaian disediakan mengikut keperluan pelanggan.

Pembukaan IKEA Kuching turut mengukuhkan kehadiran syarikat itu di rantau Malaysia Timur. Sebelum ini, pelanggan di kawasan tersebut hanya boleh mendapatkan produk IKEA menerusi platform e-dagang serta perkhidmatan pemenuhan pesanan. Dengan adanya gedung fizikal di Kuching, akses kepada produk, kepakaran dan inspirasi IKEA kini menjadi lebih mudah.

Selain itu, IKEA Kuching juga dijangka mewujudkan peluang pekerjaan untuk masyarakat setempat. IKEA Malaysia akan bekerjasama dengan komuniti di Kuching untuk membina pasukan rakan sekerja yang terdiri daripada bakat tempatan, sekali gus memberi peluang kepada mereka untuk membina kerjaya dan berkembang bersama syarikat.

Secara keseluruhannya, IKEA Kuching dijangka dibuka kepada orang ramai pada Disember 2026. Maklumat lanjut berhubung tarikh pembukaan rasmi, butiran mengenai cawaganan terbaru ini serta pelbagai aktiviti untuk pelanggan akan dikongsikan oleh IKEA dari semasa ke semasa.

Sumber : IKEA Malaysia

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now