Hati-Hati Beli TV Murah. Boleh Jadi TV Pun Boleh Kena Lock

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
tv pun boleh kena lock unifi

Untuk anda yang mungkin sedang mencari tv murah, dinasihatkan perlu berhati-hari kerana sudah ada isu tv pun boleh kena lock daripada telco. Telah terjadi apabila dia membeli daripada orang menerusi FB marketplace.

Jika sebelum ini, biasanya kita dengar isu ‘telco lock’ berkaitan smartphone sahaja. Ini kerana banyak penyedia telco menjual plan postpaid bersama smartphone. Jadi phone tersebut sudah di ‘lock’ yang mana boleh digunakan untuk telco yang ditetapkan sahaja.

Selain itu, isu telco lock ini juga berlaku dimana smartphone tersebut tidak boleh digunakan sekiranya pengguna tersebut mempunyai tunggakan atau tidak bayar bil. Jadi tak boleh guna terus smartphone tersebut.

Kini daripada smartphone ke smart tv. Sekarang sudah banyak telco atau syarikat telekomunikasi jual plan termasuk smart tv termasuk Unifi. Anda beli plan Unifi dan ditawarkan dengan smart tv bersama kontrak.

Disebabkan tawaran ini, ramai pengguna ingin dapatkan smart tv tersebut dengan melanggan Unifi. Jadi mereka akan dapat plan internet di rumah termasuk smart tv baru untuk kegunaan harian.

Dalam masa yang sama, sebenrnya ada pengguna sepertinya telah salah guna tawaran tersebut. Inilah yang terjadi kepada seorang pengguna yang kongsikan pengalaman sendiri apabila beli smart tv tapi tv tersebut kena lock dan tak boleh digunakan.

Smart TV Pun Boleh Kena Lock

Melalui perkongsian Mohd Sani Johari di group sebuah group facebook, tv yang dibeli olehnya telah di lock oleh pihak Unifi. Dia memberitahu tv tersebut telah dibeli menerusi FB Marketplace.

tv pun boleh kena lock unifi

Daripada gambar yang dikongsikan, tv tersebut telah di lock oleh Unifi kerana ada ‘outstanding payment’ daripada pengguna asal atau erti kata lain tak bayar bil. Disebabkan itu, Unifi lock melalui Samsung Smart Hub. Jadi tv tersebut tidak boleh digunakan sehingga pembayaran dibuat oleh pemilik asal.

Berhati-Hari Beli Smart TV Second Hand

Jadi diharapkan berhati-hati kepada mereka yang mungkin sedang cari smart tv second hand. Lagi-lagi sekiranya ada yang jual tv baru dari dalam kotak. Mungkin itu tv daripada pihak telco yang mungkin boleh kena lock kalau tak bayar tv.

Nak lebih selamat, beli sahaja di kedai atau platform online yang dipercayai seperti Shopee dan Lazada. Sebagai contoh, anda boleh beli TV Samsung 4K menerusi akaun Shopee Mall. Selain itu, dapatkan TV Sony Bravia yang dipercayai disini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda yang mungkin sedang mencari tv baru selepas ini.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now