Malaysia Rail Link (MRL) hari ini mengumumkan harga tiket ECRL bagi kelas ekonomi antara Gombak dan Kota Bharu bermula RM125 untuk laluan transit dan RM145 untuk laluan ekspres.
Harga atau kadar yang ditetapkan ini adalah terpakai untuk perjalanan ulang-alik. Selain itu kadar ini juga ditetapkan melalui makanisma tambang dinamik. Ini bermakna harga boleh berubah bergantung kepada permintaan.
Senarai Harga Tiket ECRL (Tambang Ekonomi)
Selain daripada perjalanan Gombak ke Kota Bharu, turut diumumkan bagi Gombak-Kuala Terengganu dan Gombak-KotaSAS. Berikut merupakan perinciannya :
- Gombak – Kota Bharu (Transit bermula RM125), (Ekspres bermula RM145)
- Gombak – Kuala Terengganu (Transit bermula RM95), (Ekspres bermula RM110)
- Gombak – KotaSAS (Transit bermula RM60), (Ekspres bermula RM68)
Dalam masa yang sama, turut diumumkan 50% diskaun bagi golongan kanak-kanak, golongan OKU, warga emas dan pesara kerajaan. Manakala untuk para pelajar boleh dapat diskaun 40% untuk kelas ekonomi.
Untuk laluan transit, ianya akan berhenti di setiap stesen. Manakala untuk laluan ekspres hanya berhenti di hentian utama sahaja iaitu di Gombak, KotaSAS, Kuala Terengganu dan Kota Bharu.
Tiket hanya mula dijual secara rasmi pada pertengahan November 2026 dan operasi komersial bermula pada bulan berikutnya iaitu sekitar pertengahan Disember 2026. Anda boleh layari https://www.ecrlmalaysia.com/ untuk tempahan tiket.
Jadi berapa lama pula masa perjalanan diambil untuk laluan ekspres dan laluan transit, memandangkan harga berbeza yang ditawarkan?
Masa Perjalanan

Ini bermakna dengan pengguna ECRL, anda boleh pergi ke Kota Bharu daripada Gombak dengan hanya mengambil masa 4 jam sahaja iaitu menggunakan laluan ekspres.
Senarai Stesen ECRL

Macam mana dengan harga yang ditawarkan setakat ini? Adakah berbaloi jika dibandingkan menaiki bas ekspres atau kapal terbang secara keseluruhan? Kongsilah dengan kami.











