Harga Netflix Terbaru Naik Lagi – Kini Bermula Dari RM19.90 Hingga RM69.90

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
harga netflix terbaru

Ramai yang kongsikan di laman media sosial mereka apabila harga langganan Netflix telah dinaikkan bagi semua plan untuk semua pengguna di Malaysia secara serta merta.

Harga langganan Netflix terbaru kini dinaikkan daripada RM18.90 – RM62.90 kepada RM19.90 – RM69.90 sebulan. Bukan itu sahaja, harga bagi extra member juga dinaikkan kepada RM14.90 daripada RM13.

Senarai Harga Langgan Netflix Terbaru Di Malaysia

Netflix menawarkan 4 plan utama bagi setiap pengguna iaitu Mobile, Basic, Standard dan Premium. Setiap daripadanya mempunyai ciri dan keistimewaan masing-masing bergantung kepada cara penggunaan.

Plan NetflixHarga LamaHarga BaruKadar Kenaikkan
MobileRM18.90RM19.90RM1
BasicRM29.90RM33.90RM4
StandardRM49.90RM55.90RM6
PremiumRM62.90RM69.90RM7
Extra MemberRM13RM14.90RM1.90

Jika lihat daripada harga langganan Netflix terbaru ini, plan Premium mengenakan kadar kenaikkan paling tinggi iaitu RM7.00 dengan harga baru RM69.90 sebulan.

BACA JUGA : Harga Langganan Bulanan Netflix Pada Tahun 2024

Manakala plan Mobile merupakan kenaikkan kadar paling rendah iaitu hanya RM1 dengan harga terbaru RM19.90. Jadi mungkin untuk pengguna dengan skrin kecil tidaklah terlalu terkesan berbanding plan yang lain.

harga netflix terbaru 2026

Dengan kadar kenaikkan dan harga langgana Netflix ini, adakah anda akan terus untuk melanggan atau mungkin mencari alternatif OTT yang lain seperti Disney+, HBO Max atau Prime Video.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now