Drama Dorm 403 Di TV3 – Tayangan, Sinopsis & Senarai Pelakon

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
Drama Dorm 403 TV3

Jangan terlepas untuk menonton drama terbaharu berjudul Dorm 403 yang bakal dan mula ditayangkan pada 15 April 2026. Drama ini disiarkan setiap minggu dari hari Isnin hingga Khamis pada jam 10.00 malam menerusi slot Samarinda di TV3.

Selain siaran di televisyen, penonton juga boleh mengikuti drama ini secara dalam talian melalui platform penstriman iQIYI di https://www.iq.com/ atau menggunakan aplikasi mudah alihnya sebaik sahaja episod tamat ditayangkan di TV.

Karya yang mempunyai 13 episod ini tampil menggantikan drama Kerana Cinta Itu Dusta. Ia diarahkan oleh Raja Mukhriz, manakala skripnya ditulis oleh Shah Rizal Mashur. Penerbitan drama ini dikendalikan oleh syarikat Country & Universal Sdn. Bhd.

Episod : 13
Tayangan : Slot Samarinda TV3 & iQIYI
Tarikh : Mulai 15 April 2026 (Isnin – Khamis)
Waktu : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Shah Rizal Mashur
Pengarah : Raja Mukhriz
Produksi : Country & Universal Sdn. Bhd.

Drama Dorm 403

Pelakon

Drama Dorm 403 turut menampilkan barisan pelakon yang terdiri daripada Muaz Zabir, Zairi Aziz, Gbril, Evertts Gomes, Nik Rifaie, Muhsin Nadzli, Noki K-Clique, Dynas Mokhtar serta Puteri Aleeya, selain ramai lagi pelakon lain yang turut memeriahkan naskhah ini.

Watak Lakonan

  • Muaz Zabir sebagai Fuza (Kuyu)
  • Zairi Aziz sebagai Sheikh
  • Gbril sebagai Anas Rizwan (Huq)
  • Evertts Gomes sebagai Mohd Hariz (Jambu)
  • Nik Rifaie sebagai Megat (Lonjong)
  • Muhsin Nadzli sebagai Payan
  • Noki K-Clique sebagai Cikgu Hadid
  • Dynas Mokhtar sebagai Puan Asma
  • Puteri Aleeya sebagai Nur Alisha

Sinopsis Drama Dorm 403

Drama Dorm 403 mengetengahkan kisah kehidupan para pelajar di sebuah sekolah berasrama penuh, Sekolah Menengah Seri Alami, yang secara tiba-tiba digemparkan dengan kehilangan misteri seorang pelajar lelaki bernama Sheikh.

Insiden tersebut mencetuskan pelbagai persoalan kerana Sheikh bukanlah pelajar biasa, sebaliknya dia merupakan anak kepada pengetua sekolah berkenaan.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now