Balik Raya Lagi Jimat! Diskaun Tol 50% Pada 18 & 19 Mac

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
diskaun tol 50 peratus sempena aidilfitri

Bagi meringankan beban perbelanjaan perjalanan rakyat Malaysia menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, pihak kerajaan telah mengumumkan diskaun kadar tol sebanyak 50% untuk kenderaan Kelas 1.

Inisiatif ini akan berkuat kuasa bermula 18 Mac 2026 pada jam 12.01 tengah malam dan berakhir pada 19 Mac 2026 jam 11.59 malam.

diskaun tol 50 peratus sempena aidilfitri 2026

BACA JUGA : Potongan Kadar Tol Sebanyak 50% Sempena Tahun Baru Cina

Dalam usaha menjayakan pemberian diskaun ini, kerajaan akan menanggung kos pampasan kepada syarikat konsesi tol yang terlibat dengan anggaran sebanyak RM21.03 juta.

Senarai Lebuh Raya Untuk Nikmat Diskaun Tol 50%

Menurut kenyataan daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO), pelaksanaan diskaun tol ini melibatkan hampir semua plaza tol di seluruh negara.

Walau bagaimanapun, terdapat dua lokasi yang tidak termasuk dalam pelaksanaan ini, iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar di Lebuhraya Utara-Selatan serta Plaza Tol Tanjung Kupang di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura.

Sehubungan itu, pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal memandangkan jumlah kenderaan dijangka mencecah sekitar 2.3 juta sehari bermula 18 Mac.

Pemandu juga perlu memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan, selain memastikan kad Touch ‘n Go aktif serta mempunyai baki yang mencukupi bagi mengelakkan sebarang kesulitan di plaza tol.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now