Merancang aktiviti keluarga, percutian, atau jadual kerja menjadi lebih mudah apabila anda tahu tarikh cuti umum Selangor 2026 dan cuti sekolah dengan tepat.
Selangor sebagai negeri paling maju dan padat penduduk di Malaysia, mempunyai senarai cuti umum yang unik berbanding negeri lain, termasuk cuti khas sempena perayaan dan peristiwa diraja negeri.
Sama ada anda seorang ibu bapa yang ingin merancang percutian bersama anak-anak, seorang pekerja yang mahu mengurus cuti tahunan dengan bijak, atau seorang pelajar yang hendak menyusun jadual belajar, mengetahui tarikh cuti yang betul adalah sangat penting.
BACA JUGA : Senarai Cuti Umum Bagi Negeri Pahang Sepanjang 2026
Menggabungkan cuti umum dengan hujung minggu boleh menjadi strategi untuk mendapatkan percutian panjang tanpa menggunakan banyak hari cuti.
Dalam artikel ini, kami menyenaraikan secara lengkap semua cuti umum Selangor 2026 beserta cuti sekolah yang dikeluarkan oleh KPM. Teruskan membaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan jangan terlepas sebarang tarikh penting sepanjang tahun 2026.
Senarai Cuti Umum Selangor 2026
Berikut merupakan senarai cuti umum atau kelepasan am persekutuan beserta cuti khusus negeri Selangor atau kelepasan am negeri sepanjang tahun 2026:
| Cuti | Tarikh | Hari |
|---|---|---|
| Tahun Baharu 2026 | 1 Jan | Khamis |
| Hari Thaipusam | 1 Feb | Rabu |
| Tahun Baru Cina | 17 Feb | Selasa |
| Tahun Baru Cina (Hari Kedua) | 18 Feb | Rabu |
| Hari Nuzul Al-Quran | 7 Mac | Sabtu |
| Hari Raya Aidilfitri | 21 Mac | Sabtu |
| Hari Raya Aidilfitri (Hari Kedua) | 22 Mac | Ahad |
| Hari Pekerja | 1 Mei | Jumaat |
| Hari Raya Aidiladha | 27 Mei | Rabu |
| Hari Wesak | 31 Mei | Ahad |
| Hari Keputeraan Rasmi YDP Agong | 1 Jun | Isnin |
| Awal Muharram (Maal Hijrah) | 17 Jun | Rabu |
| Maulidur Rasul | 25 Ogos | Selasa |
| Hari Merdeka | 31 Ogos | Isnin |
| Hari Malaysia | 16 Sept | Rabu |
| Hari Deepavali | 8 Nov | Ahad |
| Hari Keputeraan Sultan Selangor | 11 Dis | Jumaat |
| Hari Krismas | 25 Dis | Jumaat |
Senarai Cuti Sekolah Di Selangor 2026
Ini pula merupakan senarai Kalendar Akademik 2026 yang memaparkan jumlah cuti penggal persekolahan untuk kumpulan B iaitu bagi negeri Selangor:


Semoga bermanfaat…











